Tidak hanya menjadikan career ini sebagai sumber mencari rezeki semata-mata, Dr Noor Fidak Samsudin membawa statusnya sebagai pakar sakit puan untuk membantu lebih ramai wanita. Sering dianggap sebagai ‘ibu’ oleh pesakitnya kerana perwatakan dan kelembutannya, Dr Noor Fidak sentiasa menuturkan kata-kata yang positif kepada sesiapa sahaja. Itu yang membuatkan saya teruja untuk menjadikan Dr Fidak sebagai Panel Perubatan buat 9bulan10hari. Dr Noor Fidak Samsudin merupakan doktor pakar sakit puan sejak tahun 1993. Sekarang beliau merupakan O&G Specialist di KPJ Rawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.