Tahap Perkembangan Bayi Anda Sejak Lahir Yang Perlu Anda Tahu

Ketahui 10 tahap perkembangan bayi anda, ini penting untuk melihat tumbesarannya tidak tercicir dan terbantut. Semestinya setiap ibu bapa pasti teruja melihat perkembangan anak membesar di depan mata. Lebih-lebih lagi, ibu bapa yang kali pertama menimang cahayamata. Pastinya setiap momen akan itu dirakam melalui video & kamera untuk menyimpan kenangan bersama si comel tersayang.

Tahap Perkembangan Bayi
Tahap Perkembangan Bayi Berperingkat-peringkat

12 bulan pertama adalah waktu kemuncak untuk melihat perkembangan bayi anda dari kecil hingga dia berlari. Anda juga perlu tahu dan teliti 10 perkembangan penting ini pada anak, supaya anak anda tidak tercicir atau ketinggalan dari proses tumbesarannya.

KENALI TAHAP PERKEMBANGAN BAYI DARI 0-24 BULAN

1-2 BULAN (Memusing & Mengiringkan badannya)

Tahap Perkembangan Bayi
Mengiring salah satu tahap perkembangan bayi

Dalam usianya satu setengah bulan, bayi berupaya mengiringkan badannya ke sebelah kiri dan kanan tanpa paksaan. Dia juga tidak kekok untuk memusingkan badannya dengan kitaran 360 darjah tau. Waktu ini lah, dia mula berguling dan lengan serta kakinya juga lebih bebas bergerak dan dia juga mampu mengerakkan kepalanya. Comel kan? Pada usia dia 2 bulan, bayi mampu mengawal gerakan leher dan kepala sehingga mengangkat 45 darjah dengan menyokong kedua-dua tangannya.

3-4 BULAN- (Meniarap & Mengangkat Kepala)

Tahap Perkembangan Bayi
Meniarap Salah Satu Tahap Perkembangan Bayi

Bayi mampu menganngkat kepalanya lebih tinggi sehingga 90 darjah dalam posisi dia meniarap. Dasyat kan? dengan cara ini ia melatih ketajaman penglihatannya untuk memandang keadaan sekeliling. Kalau dengar suara ibu dia, dia akan segera mencari dari mana suara ibunya berada. Ini adalah satu tahap perkembangan bayi anda.

4-5 BULAN ( MEMBERI RESPON) TAHAP PERKEMBANGAN BAYI

Tahap Perkembangan Bayi
Memberi Respon Salah Satu Tahap Perkembangan Bayi

Waktu ini lah waktu paling berharga buat Ibu dan Ayah. Bila kita memanggil si comel dan mengagahnya, dia balas dengan senyuman dan seakan ingin berborak! seronoknya tengok perkembangan dia depan mata kita kan? Si manja anda pada usia ini mula mengeluarkan suara yang nyaring dan kuat ketika berjaya mencapai barang berdekatannya. Dia akan berteriak gembira bila berjaya mencapai keinginannya. Ibu bapa waktu ni harus memberi perhatian pada bayi anda, untuk dia terus bermain dan berkomunikasi dengan anda. Dan dalam masa yang sama dapat menguatkan bonding antara ibu, ayah dan anak.

7- 8 BULAN ( MENGAMBIL BARANG ) TAHAP PERKEMBANGAN BAYI

Tahap Perkembangan Bayi
Memegang Barang Salah Satu Perkembangan Bayi

Bayi anda akan menggunakan kesemua jari jemari kecilnya untuk mencapai barang dan mengambilnya sehingga takkan lepas. Genggaman tangannya juga kuat dan akan menggunakan tangan yang berbeza untuk tujuan yang berbeza. Satu tangan untuk cari barang baru, satu lagi tangan memegang barang lain. Perhatikan, jika anda hulurkan mainan lain kepadanya, dia akan membuang barang yang dipegangnya. Tahap perkembangan bayi yang comel.

DUDUK

Tahap Perkembangan Bayi
Duduk Salah Satu Tahap Perkembangan Bayi

Ini adalah waktu kemuncak bila bayi dah mula duduk dengan sendirinya tanpa sokongan! Ini melatih menguatkan otot-otot punggung dan lehernya menjadi stabil dan tidak jatuh. Ia sudah cukup kuat untuk menampung berat badannya. Tahap perkembangan bayi anda, yang perlu anda lihat dan fahami.

6-9 BULAN (MENYUAP MAKAN SENDIRI)

Tahap Perkembangan Bayi
Menyuap Makan Salah Satu Perkembangan Bayi

Bayi suka masukkan tangan dalam mulut dari usianya 6 bulan lagi. Tak kiralah dia jumpa apa, dia akan ambil dan gigit barang tu. Seeloknya ibu bapa bagi makanan pepejal yang memudahkan bayi makan sendiri. Bayi suka menggunakan jari telunjuknya untuk menyentuh makanan dan terus masuk dalam mulut.

9-12 BULAN (KENAL ORANG)

Tahap Perkembangan Bayi
Kenal Orang Salah Satu Perkembangan Bayi

Waktu ni susah sikit lah kalau anda nak hantar ke pengasuh, sebab dia dah mula kenal penjaganya. Dia akan mendengar, mengingat dan melihat orang yang selalu menjaganya. Dia akan menangis kalau anda tinggalkan dengan orang yang dia tak kenal. Ini salah satu tahap perkembangan bayi anda yang istimewa.

12-13 BULAN ( BERJALAN)

Tahap Perkembangan Bayi
Berjalan Salah Satu Perkembangan Bayi

Inilah tahap perkembangan bayi anda yang wajib anda tahu. Bila anak dah mula nak memapah atau menapak untuk berjalan, anda kena berjaga-jaga. Jangan biarkan dia sendiri. Jika anda pegang kedua tangannya, dia akan bertatih perlahan-lahan untuk menggalakkan otot-otot kakinya menjadi kuat.

18-24 BULAN (BERCAKAP)

Bayi anda mula mengeluarkan perkataan 10 perkataan sehari. Pada usia dia 2 tahun, anak boleh melengkapkan satu ayat menjadi lengkap. Waktu ni jangan tak terlayan pula dengar celoteh anak anda. Anda pun akan terhibur tengok gelagat dia cakap pelat. Enjoy the moment!

Writer: Sweetmamajoy

COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.