Ketahui Kenapa Bayi Baru Lahir Suka Genggam Tangannya..

BAYI GENGGAM TANGAN ADALAH SALAH SATU PERKEMBANGANNYA. Ibu bapa jangan risau, malah perlu bersyukur yang anak anda normal.

Sebagai ibu bapa moment yang paling indah bila bayi baru lahir menggenggam erat jari mereka.. disitulah detik permulaan kasih sayang antara ibu, ayah dan anak.. ada juga yang menangis, terharu dan sedih campur gembira bila bayi comel itu genggam jari mereka tanpa lepas,itulah kehebatan bayi baru lahir..

Mama papa perlu tahu.. bayi genggam tangan sudah menjadi tabiat bayi seawal usia kandungan 16 minggu lagi..

Bayi Genggam Tangan
Genggam Tangan Juga Bonding Antara Ibu Ayah Dan Anak

 

Sebab tu bila kita menyentuh telapak tangan si comel ni, secara automatik bayi tersebut akan memegang erat jari kita.. Tindakan reflex ini di panggil “ GRASPING REFLEX” iaitu gerakan reflex genggam bayi yang baru lahir.. genggaman itu cukup kuat, sampaikan bila kita tarik dia taknak lepas.. seolah-olah nak kita sentiasa disampingnya.. genggaman ini lahir secara semulajadi dan akan beransur hilang bila umurnya mencecah 3 bulan..

KENAPA BAYI GENGGAM TANGAN? IKUTI PERKEMBANGAN MEREKA. Mama papa take note.

Usia 1-2 bulan

Bayi Genggam Tangan
Foto Kredit : Ottoro.com

Tangan bayi akan sentiasa mengenggam.. bayi akan membuka dan menutup tangan dengan sendiri.. Bayi juga sangat peka jika ada objek yang menyentuh tangannya, dia akan membuka tangannya untuk memegang..

Usia 3-4 bulan

Bayi Genggam Tangan
Foto Kredit : theAsianparent Malaysia

Waktu ni mata dan tangannya sudah mula untuk menyentuh dan menggapai.. Dia akan nampak benda yang menarik perhatiannya dan cuba mengambilnya walaupun dia dalam keadaan baring. Kemahiran bayi genggam tangan akan hilang sendiri.

Usia 4-8 bulan

Bayi Genggam Tangan
Foto Kredit : story.motherhood.com

Bayi boleh mengambil mainannya dan takkan melepaskan mainan tersebut dengan mudah.. waktu ini juga dia boleh meniarap untuk mengambil apa-apa barang yang dia nampak.. mata dan tangannya sedang bergiat aktif.. Jadi, anda kena berhati-hati dan peka dengan apa jua barang yang boleh mendatangkan BAHAYA. Masa ni lah dia nak mengutip dan masuk ke mulut apa-apa yang dia jumpa.. Mainan seperti lego sangat tidak digalakkan untuk peringkat umur ini.. Ia akan mengakibatkan bayi tercekik. Jadilah ibu bapa yang bijak.

Usia 9- 12 bulan

Bayi Genggam Tangan
Foto Kredit : story.motherhood.com

Waktu ini lah mama dan papa akan ada OVERTIME! Bayi akan bergerak dengan pantas mengutip atau menjatuhkan apa-apa barang.. anda boleh sediakan makanan yang senang dihadam seperti biskut atau kentang lenyek dihadapan mereka.. bayi sudah pandai menyuap makanan ke mulut dengan sendiri tapi dengan pantauan..

JENIS-JENIS REFLEKS PADA BAYI

Ada pelbagai jenis refleks yang boleh berlaku kepada bayi anda..salah satunya adalah Refleks Genggaman. Ini adalah perkembangan normal pada bayi. Gerakan bawah sedar ini penting, kerana untuk melihat  fungsi dan perkembangan sistem saraf bayi yang sihat dan tidak terbantut.

Jika refleks ini tidak hilang, ia mungkin menjadi petanda awal kepada masalah kesihatan pada sistem saraf dan otak bayi.

Antara gerakan bawah sedar yang turut dilakukan oleh si kecil sejak lahir.

  • Refleks Moro (Startle Reflex):

Jika ada bunyi bising atau sesuatu gerakan yang berlaku secara tiba-tiba,bayi akan terperanjat dengan  mengangkat  kaki dan tangannya. Biasa kita lihat, sentakkan ini terjadi bila bayi sedang , sebab tu bayi baru lahir harus dibedang untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan tenteram.

  • Refleks Menghisap (Sucking Reflex):

Cuba anda sentuh bahagian mulut bayi, dia akan mula menunjukkan gaya mahu menghisap secara tiba-tiba.. tak kiralah sama ada ianya menggunakan jari, puting payudara atau pun puting tiruan. Tindakan refleks ini akan hilang  2 hingga 3 bulan, gerakan ini akan bertukar menjadi perlakuan sedar.

  • Refleks Rooting(Rooting Reflex) :

Refleks rooting pada bayi merupakan gerak balas semulajadi bayi bawah 4 bulan di mana kepala bayi akan berpaling ke arah stimulus / rangsangan untuk mencari puting susu. Jika anda mengusap pipinya, bayi akan berpaling dengan mulutnya ternganga luas.

  • Refleks Berjalan (Step Reflex)Bayi akan membuat gerakan seperti melangkah apabila anda memegangnya pada kedua belah ketiak dan mengangkatnya agar kedua kaki berada di atas permukaan rata. Anda dapat perhatikan kejadian ini bila memandi si comel didalam besen.. dia seakan-akan ingin berjalan dalam permukaan air..

Writer : SweetmamaJoy

COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.