Ketahui 5 Perkataan Ajaib Untuk Didik Anak Dari Kecil

Setiap ibu bapa pastinya berasa tenang apabila anak-anak mendengar kata dan bercakap dengan menggunakan kata-kata yang indah. Mendidik bukan lah satu perkara yang mudah, tambahan pula diusia kecil si anak yang baru pandai bercakap sekitar 2 tahun. Anda perlu tahu 5 perkataan ajaib untuk didik anak dari kecil!

Bermula dari usia ini lah tahap usia emas atau golden age seorang anak, di sinilah ujian dan cabaran ibu bapa bermula. Anak 2 tahun ni berada dalam dunia mereka sendiri, mereka suka ‘try and error’. semakin kita tegah semakin itulah dia nak buat.

Sebagai ibu bapa, anda perlu sabar, bijak dan memahami, mereka memang menduga kita, sifat ingin tahu mereka menebal, kita juga perlu menjaga segala percakapan dan bahasa yang dilemparkan, semuanya bermula dari RUMAH.

Anak 2 tahun ni suka meniru percakapan dan perbuatan ibu bapanya dalam kita tidak sedar, jika kata-kata kesat yang dikeluarkan, maka dihadamlah oleh anak tadi. Sebab itu, ibu bapa perlu menjadi “ ROLE MODEL’ kepada anak untuk menjadi lebih baik. Mari ajarkan anak-anak 5 perkataan ini.

5 ‘PERKATAAN AJAIB’ YANG MESTI DIDIK ANAK DARI KECIL

Buang perkataan ‘JANGAN’ ganti TOLONG

5 Perkataan Ajaib
Buang perkataan JANGAN ganti TOLONG

Perasan tak makin kita kata jangan.. makin dia buat.. sebab dia nak tahu kenapa ibu dan ayah menegah apa yang dia buat? Pelbagai persoalan yang ada dalam fikiran anak.. Ganti perkataan “TOLONG’. Mungkin sukar untuk mereka memahami, percayalah bila kita selalu sebut TOLONG pada mereka, mereka akan faham ‘ohh mak ayah saya perlukan bantuan dan saya kena tolong mereka’ secara automatic mereka dapat dikawal dengan baik.. ibu bapa perlu ucap dengan lembut ‘ Aiman.. tolong ayah kemas mainan ni.. Aiman tolong buangkan sampah ni nak’..

Selalu ucap ‘TERIMA KASIH’ & SAMA-SAMA” Ini salah satu 5 perkataan ajaib.

5 Perkataan Ajaib
Terima Kasih sudah cukup buat anak gembira

Jika anak dah buat sesuatu yang telah membantu kita.. ucaplah “TERIMA KASIH’ padanya.. tanda kita menghargai apa yang dia buat walaupun pada hakikatnya hanya pertolongan kecil seperti tolong buang pampers adik.. percayalah, dengan magic word TERIMA KASIH tadi sudah cukup membuatkan si anak tadi tak sabar nak tolong ibu bapanya lagi.. Bila anda beri dia sesuatu, mungkin dia juga akan cakap “ ACEH’ walaupun pelat tapi dia maksudkan tau.. jangan kata anak tak faham.. anda pula wajib membalas dengan senyuman dan memegang kepala anak tadi “SAMA-SAMA sayang…’

 Ajarkan anak juga perkataan KESIAN, ini adalah salah satu perkataan ajaib yang anda kena cakap setiap hari.

Anak 2 tahun kadang-kadang tantrum dia lain macam dan mudah mengamuk.. sampaikan ada yang hempas-hempas barang dan rosakkan mainan.. Perkataan kesian ini merujuk kepada benda atau objek yang dia rosakkan.. “ kesian bear ni dia tak salah pun kenapa kakak pukul dia? Nanti ayah pulangkan balik ae dekat kedai’ si kecil tadi akan bertukar jadi sayu hati dan sedih.. dari situlah dia akan mula menghargai sesuatu barang.. samalah dengan haiwan, jika anak memukul kucing “ kenapa pukul kucing? Tak kesian dekat dia ke? Kesian dia dah nangis dah’ anak tadi akan terkesan dengan perkataan KESIAN..

5 Perkataan Ajaib
Selalu ucap I LOVE YOU

UCAP “I LOVE YOU “

Ni mujarab untuk didik anak dari kecil. Ucaplah sayang pada anak setiap hari.. ini akan membuatkan mereka lebih disayangi.. jangan terkejut kalau pagi-pagi si kecil tadi datang tepi katil sambil cium pipi dan cakap ‘ I LOVE U’.Bahagianya rasa. Betapa pentingnya 5 perkataan ajaib ini dalam kehidupan harian kita.

5 Perkataan Ajaib
Didik cakap MAAF

DIDIK CAKAP ‘MAAF’

Kalau anak ada lakukan apa-apa kesalahan minta dia cakap “MINTA MAAF’. Mula-mula memang susah, walaupun dia menangis tapi paksa juga.. lama-lama dia akan faham dan ikut.. samalah situasi jika anda pulang lambat balik rumah ‘ AYAH MINTA MAAF hari ini ayah ada banyak kerja.. nanti ayah bawa adik jalan-jalan’ anda juga perlu ingat, sekiranya anda berjanji sesuatu dengan anak 2 tahun ini. Mereka akan ingat dan tuntut janji anda..Sila kotakan ya. Anda akan dapat lihat keberkesanan 5 perkataan ajaib ini pada anak anda.

TIPS UNTUK IBU BAPA

  • Jika anak bertanya, sila jawab sepantas yang boleh,  jangan biarkan dia menunggu lama. Mereka sangat memerlukan perhatian. Guna 5 perkataan ajaib tadi untuk didik anak dari kecil.
  • Jika anak melukis,mewarna atau membuat hasil kerja, ibu bapa perlu memuji hasil kerjanya itu. Ini membuatkan anak lebih bersemangat.
  • Jangan dedah anak dengan smart phone.. kalau dia nak buah sepah 1 rumah, biarkan.. dia nak bermain periuk didapur, biarkan.. sel-sel otak sedang berhubung. Jangan lupa guna salah satu 5 perkataan ajaib ini untuk tarik minat anak anda.
  • Jangan tengking anak.. jaga pertuturan dan bahasa yang anda gunakan.. anak akan menjadi takut kepada anda dan menyendiri..
  • Luangkan masa dengan aktiviti luar.. bawalah anak sesekali lihat dunia luar.. pergi play ground ke.. mandi manda ke.. sekurang-kurangnya ada aktiviti riadah tersebut..

SEMOGA BERMANFAAT..

Written by: Sweetmamajoy

COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.