Makan Coklat Ketika Hamil tu Boleh?
| | |

Makan Coklat Ketika Hamil Boleh Elakkan Sakit Jantung

“ saya bukanlah penggemar coklat.. tapi bila saya mengandung ni, saya jadi adore sangat dengan coklat.. sampaikan tengok iklan ferrore rosye pun saya boleh ngences depan TV!.. adoiii la teruk betul ngidam kali ni.. hari tu dah minta suami belikan coklat cadburry.. dia siap beli beraneka jenis.. Husband pesan yang ni last ya.. dia risau saya kena kencing manis kalau kerap sangat makan coklat.. kawan saya pun ada pesan jangan makan coklat nanti kena diebetis masa mengandung.. tapi saya kalau tak dapat makan coklat satu hari rasa macam nak menangis.. huarghh macamana ya sis? tak apa ke nak makan coklat ketika hamil macam ni? Adila Haris, 24 tahun.

Makan coklat ketika hamil ni sebenarnya baik ke tidak?

Mommies jangan susah hati ok! Ada berita baik bagi pencinta coklat ni!!..

Kalau sebut tentang coklat, rasanya semua dah terbayang dengan manis dia.. lepas tu cair dalam mulut.. siapa kat sini yang tak suka kan? Ada sesetengah wanita menjadikan coklat sebagai pengubat stress, ada juga segelintir tidak menggemari coklat kerana rasanya yang terlalu manis..

makan coklat ketika sedang mengandung
Makan Coklat Dapat Hilangkan Stress Ibu Hamil.

Selain sedap dinikmati, rupanya terselit kebaikan jika mommy suka makan coklat bila mengandung ni. Makan coklat ketika hamil dikatakan boleh mencegah kanser, meningkatkan ghairah seksual dan boleh membuatkan si pemakan berasa ceria dan bahagia. Coklat juga sangat digalakkan kepada ibu hamil..

Seronok memang seronok, makan coklat ketika hamil, TAPI pilih coklat yang sesuai.

  • Mommy perlu pilih jenis Dark Chocolate, pahit sedikit dan tak terlalu manis.
  • Elakkan pilih yang manis, bersusu dan White Choclate(coklat putih) kerana kandungan gulanya tinggi.

Coklat sememangnya bagus untuk ibu mengandung.. tapi makanlah berpada-pada.. Jangan nanti sangkut gula pula.. Apa lagi mommy tunggu daddy dah offer, jom kita buat anak gembira!

MAKAN COKLAT KETIKA HAMIL BAIK UNTUK KESIHATAN IBU DAN KANDUNGAN? ANTARA KEBAIKANNYA ADALAH:

 

kebaikan coklat pada ibu hamil

MENCEGAH PRA EKLAMPSIA

Pra eklampsia salah satu penyakit paling berbahaya bila ibu hamil menghidapinya.. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab mengelakkan serangan penyakit tersebut. Ibu hamil yang makan coklat setiap hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.

MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH

Pengambilan sedikit Dark Choclate (coklat gelap) yang berkhasiat mampu meredakan stress ibu mengandung. Bahan yang terkandung seperti Trytophan dan Phenylethylalanine dipercayai dapat meningkatkan rasa bahagia seseorang.

 

MEMBANGKITKAN RASA CERIA

Kajian yang dijalankan oleh para saintis barat mendapati ibu mengandung yang kerap mengunyah coklat terbukti melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria. Anak gembira ibu lagi lah ceria!

MEMPUNYAI NUTRISI YANG SIHAT & ANTIOKSIDAN

Kudapan manis ini kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan ibu.

bolehkah ibu hamil makan coklat

 

ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG

Coklat pahit memiliki antioksidan yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung ibu dan si comel mommy..dalam satu kajian selama 9 tahun di Sweeden ke atas 31,000 wanita mendapati, wanita yang makan 1-2 hidangan coklat setiap minggu boleh mengurangkan 1/3 daripada risiko sakit jantung.

MENGURANGKAN BERAT BADAN

Kajian di University of Copenhagen mendapati, dark chocolate boleh mengenyangkan dan memberi kepuasan berbanding coklat biasa. Maka, makan dark chocolate akan buat kita rasa kurang mengidam makan makanan manis, masin atau berlemak.

Mommys juga boleh mempelbagaikan coklat dengan cara yang lebih kreatif dan menyelerakan! Antaranya buat cake coklat. Makan coklat ketika hamil memang awesome la!

Written by: Sweetmamajoy

COPYRIGHT@9bulan10hari. Tak dihalalkan copy paste! Elakkan budaya copy paste! Belajarlah menulis 

Like facebook page 9bulan10hari dan Share artikel ni untuk memberi manfaat kepada sahabat anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *