Bolehkah Seorang Wanita Hamil Puasa? Apakah Kesannya?

Wanita hamil puasa ketika hamil, wajib atau tidak? Ada sebab Allah tidak mewajibkan ibu yang hamil ataupun ibu menyusu berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika ingin berpuasa. Terpulang kepada ibu namun sebaiknya dapatkan dulu nasihat daripada doctor sebelum berpuasa.

sabda Nabi SAW,

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”

Ibu Hamil Puasa

Ini adalah kisah benar, seorang ibu hamil yang “berdegil” ingin berpuasa.

Assalamualaikum 9bulan10hari. Tolonglah jangan puasa kalau anda tak mampu. Mohon ibu ibu yang tengah hamil ni pertimbangkan perkara ni. 3 tahun lepas, masa bulan puasa saya puasa dalam 22 hari walaupun pregnant 3 bulan. Saya jarang loya & muntah. Doctor banyak kali bagitahu jangan puasa sebab anak sangat perlukan zat & nutrient masa 1st trimester ni. Saya teruskan puasa juga sebab keadaan saya taklah teruk sangat. Loya muntah pun bila terbau bawang saja. Lepas raya, masa kandungan 5 bulan doctor cakap anak saya tak mengembang & maybe berdepan komplikasi saraf tunjang.

Lagipun katanya masa awal awal mengandung sy tak makan langsung folic asid. Doctor cakap, kalau saya tak berpuasa, mengikat perut untuk makan makanan berkhasiat secara sedikit tetapi kerap masa bulan Ramadan tu, kemungkinan untuk anak saya lahir sihat sangat tinggi.

Betul sis. Lepas anak saya lahir dia memang kecil. 1.9kg saja dengan ada problem di tulang belakangnya (spina bifida)

Doctor cakap untuk anak berkembang dengan elok masa kita makan tu kena jaga betul-betul & makan secukupnya. Kesian anak saya sekarang. Nasihat saya, kalau anda mengandung & tak sihat tu tolonglah jangan puasa kalau doctor dah bagi nasihat… makanlah makanan sihat. Jangan skip makan. Lebih baik sis ganti puasa nanti, dari terpaksa buatkan anak kita “berpuasa” seumur hidup.

Kata penulis :

Actually, ramai mommy rasa bersalah kalau tak berpuasa, sedangkan dalam Islam adalah tak wajib wanita hamil puasa & ibu yang menyusu untuk meneruskan puasanya jika memudaratkan diri & kandungan.

Bagi kes ni, ibu ini terlepas pandang 2 perkara :

  1. Tak makan asid folik 3 bulan sebelum hamil dimana ia boleh beri kesan negatif kepada perkembangan saraf tunjang bayi. (penyakit Spina Bifida & Hydrocephalus)
  2. Since dah tak makan folic acid tu mommy sepatutnya perlu perbanyakkan makan sayur & buah. Repair balik mana yang terkurang dulu. Maknanya jangan langsung berpuasa ketika itu.

Perkembangan anak sangat bergantung kepada apa yang mommy makan. Tolonglah jaga pemakanan.

Macam mana nak kenalpasti keadaan mommy & bayi ok atau tak untuk berpuasa?

Ketika ini, pregnant mommy bolehlah berjumpa doctor, minta doctor buat pemeriksaan & bincang mengenai berpuasa ini. Minta pandangan doctor.

Mommy, tolonglah ambil tahu keadaan mommy & anak dalam kandungan. Kalau tak sihat, tak boleh puasa, tolonglah jangan paksa diri. Mommy perlu jumpa doctor & berbincang pasal puasa ni.

Doctor akan melihat beberapa faktor bila berbincang pasal puasa ketika hamil ni :

  • Adakah mommy muntah loya teruk sehingga tak lalu makan?
  • Adakah kandungan mommy dalam lingkungan 1-3 bulan?
  • Berapa jam mommy berpuasa kerana ada negara yang berpuasa lebih lama berbanding negara kita 12-13 jam sehari?
  • Ketika mommy nak berpuasa ni cuaca sejuk atau panas, kerana cuaca panas boleh menyebabkan mommy mudah dehydrate.
  • Bagaimana kesihatan mommy sebelum hamil?

Wanita hamil puasa, tidak sepatutnya disebabkan : 

  • Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester)
  • Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi
  • Ibu yang demam, tidak sihat atau muntah-muntah
  • Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
  • Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan metformin/ insulin)
  • Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran
  • Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin.
  • Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat.


    Dan dengar penjelasan ringkas Ustaz Khalid Basalamah :

    Tolong ambil berat mengenai ini ya mommy.

    Like, share & tag agar dapat membantu ramai wanita di luar sana. COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published.