Picit Puting Bayi Untuk Keluarkan Cecair Seperti Susu. Bahaya!

Sebab kekurangan ilmu, ramai ibu bapa suka picit puting bayi mereka apabila kelihatan keluar cecair seperti susu. Akibat luka selepas picit tu, breast anak ini membengkak dan dijangkiti kuman. Bengkak buah dada atau galactorrhoea atau witch’s milk adalah disebabkan terdedah kepada hormon prolactin dan estrogen daripada ibu ketika dalam kandungan bayi lagi.

Related image
5% bayi sama ada lelaki atau perempuan mengalami masalah ini.

Dont worry mommy… keadaan bayi bengkak dada ni akan pulih selepas 2 minggu .

Pun begitu, mommy daddy perlu berjumpa dengan doctor untuk dapatkan rawatan kerana ada kes bayi yang berlarutan bengkak dadanya ini sampailah 2 bulan.

Katakan buah dada anak mommy daddy bertukar warna kemerah merahan, anak mommu mungkin perlukan rawatan antibiotik dengan cepat.

Disebabkan kita tak digalakkan untuk memicit bengkak buah ada ni kerana ia boleh menyebabkan kuman di luar kulit yang akan masuk ke dalam kelenjar susu.

Siap ada demonstration lagi. Tolonglah jangan picit puting bayi macam ni :

Image result for witches milk demonstration

Sama sama kita elakkan diri dari melakukan perkara macam ni.

Apa saja perkara berkaitan dengan kesihatan, tolonglah bertanya & merujuklah dengan doctor.

COPYRIGHT@9bulan10hari

Leave a Reply

Your email address will not be published.