Abang Takkan Mampu Balas Pegorbanan Sayang Yang Korban Nyawa, Darah & Air Mata

PENAT SEORANG ISTERI TAKKAN PERNAH SAMA DENGAN SUAMI 

“You ingat i tak penat ke..? i pun buat kerja, you tu duduk rumah je”

Lantangnya suara tuan… sedih dengar.

Sesungguhnya banyak kerja yang isteri tuan tak bercerita pun pada tuan. Uruskan anak anak itu bukan mudah apatah lagi ketika hamil.

Jadi janganlah sesekali bandingkan penat isteri dengan suami.

Penulisan ustaz Ebit Lew ini jelas tentang kenapa kita perlu menghargai isteri :

ABANG TAKKAN PERNAH DAPAT BALAS PENAT ISTERI ABANG

Ciannya bidadariku ini… bila pegang tangannya, rasa penat isteri abang. Bilalah bidadariku ini berehat. Terasa rindu sangat padanya.. ya Allah maafkanlah diriku ini… sentuh tangannya sebak kerana inilah tangan yang tak pernah berehat. Inilah bidadariku..

Saya bisik padanya, bidadari abang…

Nak tahu tak, abang tak pernah dapat balas pengorbanan sayang bidadari abang sampai bila-bila. Walau apapun yang abang cuba lakukan. Walau apapun abang beri. Walau apapun….. apa-apa pun.. Hati rasa sebak sangat.. sebab abang tahu hanya Allah yang mampu balas pengorbanan bidadari ini.. terima kasih Allah yang Maha Baik..

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting

Saya pegang tangannya dan doa ya Allah berilah bidadariku sentiasa cantik menawan sihat muda dan bahagiakan hatinya.. saya redha padaNya. Bahagiakanlah hatinya. Tenangkanlah hatinya. Tunaikan segala hajatnya kerana inilah bidadariku yang telah berkorban segalanya.. Saya mohon ampun kekurangan diri saya dalam membimbing dan memberi masa untuknya..

Cian sayang.. berapa jam tidur hari ini? Bila masa sayang rehat? 24 jam penat bekerja tak berhenti. Penat jaga anak-anak? Ya Allah.. anak menjerit menangis berlari melompat.. minta itu ini. Sehari bersepah-sepah rumah. Anak tengah aktif semuanya.. ya Allah tuhanku. Cian bidadari abang.. ya Allah.. tak sempat makan sempurna. Tak sempat urus diri sendiri? Tak sempat nak rehat? Ya Allah Tuhanku.. tapi bidadari abang tetap ukir senyuman lagi.. sedih rasa..

HADIAH BUAT ISTERI KERANA MELAHIRKAN & MENJAGA ANAK ANAK

Abang kenapa bagi bunga pada sayang? Bukan hari lahir sayang pun…

Yer bidadari abang. Hari ini hari lahir anak ketiga kita Qadeejah. Tapi abang teringat abang menangis dalam bilik pembedahan. Hari itu abang saja tengok betul-betul setiap lapisan perut sayang yang sakit. Teringat masa tu rasa sakitnya sayang. Dah macam apa perut tu di buka dll.. masih ingat darah, dan setiap lapisan.. jahitan setiap lapis..

Lepas dengar bunyi tangisan Qadeejah abang menangis masa azankannya.. ya Allah tuhanku. Sampai mati abang takkan dapat balas pengorbanan sayang. Demi cinta anugerah Allah ini abang cuma penat bekerja. Sayang dah bagi darah,nyawa, air mata segalanya. Sayang mati berkali-kali.. Ini pun dah cukup buat sayang jadi ahli syurga… ya Allah itulah kelebihan seorang wanita. Seperti para pejuang syuhada dulu-dulu. Macam mana lah abang nak kejar sayang.. ya Allah..

Terima kasih Allah anugerahkan bidadariku ini. Selamat hari lahir anakku Qadeejah sayang 10/4. Semoga jadi anak solehah buat umi. Hamba Allah yang takwa mukminah.. jadi daie Allah..

Terima kaseh ParamountCoffeeHouse yang memudahkan majlis tiba-tiba ini. Lari sana sini dari ceramah kdn tadi dan esok 3hari 2malam Transformasi Pekerja dan Peribadi Unggul bersama Kementerian Pertanian di Besut.

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Kata Penulis :
Sebak baca penulisan ustaz Ebit, iaitu salah seorang pakar Syariah 9bulan10hari.

Semoga anak Ustaz Ebit Qadeejah & seluruh keluarga ustaz sentiasa dilimpahkan rahmat, rezeki, kasih sayang, kebahagiaan melimpah ruah. aamiin…

InsyaALLAH, kami singgah ke ParamountCoffeeHouse..

COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published.