Jika Anda Atau Isteri Pernah Mimpi Semua Ini Jangan Abaikan. Cepat Berubat Kerana ‘Ia’ Boleh Membunuh

MIMPI “PELIK PELIK” PETANDA KENA GANGGUAN

Ada di antara mimpi yang beri “hint” atau petanda baik.

Ada mimpi yang beri petanda kita ini ada “sesuatu”, “sesuatu” yang bukan saja mengganggu hubungan rumahtangga, namun bisikan bisikan halus yang hadir ini boleh menyebabkan seorang ibu yang baru melahirkan anak, menikam & membunuh anaknya tanpa sedar. Nauzubillahiminzalik…

Disebabkan itulah, kalau pasangan suami isteri, anak anak kita, rakan atau sesiapa saja mengadu kerap mimpi pelik pelik, bukan bukan & menyeramkan, segera berubat.

PERNAH TAK ALAMI MIMPI MIMPI INI?

1. Orang minta anak
2. Bermain Dengan budak kecil, dukung budak kecil, di beri budak kecil, menyusukan budak kecil
3. Kerap bermimpi terbang
4. Kerap bermimpi Jatuh tempat tinggi
5. Kerap mimpi binatang berbisa, Mimpi binatang buas
6. Kerap bermimpi org meninggal
7. Kerap bermimpi di kejar seseorang yang Tak di kenali
8. Kerap mimpi rumah usang rumah lama
9. Kerap mimpi sesat dalam hutan
10. Kerap bermimpi di tengah2 lautan..
11. Kerap bermimpi Nenek tua,pakcik tua,
12. Kerap mimpi hendak di bunuh
13. Kerap mimpi darah yang banyak
14. Kerap bermimpi pasangan Kita suami@isteri kahwin lain,Mimpi pasangan Kita curang
15. Kerap bermimpi orang datang bawa sesuatu barang untuk Kita terima
16. Kerap bermimpi bersetubuh Dengan orang yang Kita Tak kenali..
17. Kerap bermimpi rindu sayang pada orang yang Kita Paling benci
18. Kerap bermimpi bunuh diri..

Jika ada…. ia mungkin petanda bahawa anda terkena gangguan…

SELAIN TU, PERNAH TAK ALAMI KEADAAN INI ?: 

  • Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
  • Kusut fikiran.
  • Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
  • Mengigau ketika tidur.
  • Sakit kepala yang amat.

Jika ada… segeralah berubat…

KENAPA INI SEMUA TERJADI?

Image may contain: text

DAN INI ANTARA SEBAB, BAGAIMANA SESEORANG ITU TERKENA GANGGUAN :

Jin mudah jatuh cinta dengan wanita yang masuk toilet, mandi & menyanyi (terdedah) – menyebabkan salah satu daripada makhluk itu tertarik dan meresap ke dalam tubuhnya dan mengganggu.

Seram kan bila baca?
Mula mula tak percaya… but 1 persatu story ni diceritakan sendiri oleh para ulama… supaya kita terus berhati hati…

KEGUGURAN & LAMBAT PEROLEH ANAK

Rupanya keguguran & lambat peroleh rezeki anak juga ada kaitan dengan gangguan.

Pernah tak dengar wanita yang sering keguguran walaupun dah begitu berhati hati?

Pernah tak dengar ramai pasangan yang cuba bertahun tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak?

Ramai yang ingat syaitan & seangkatan dengannya ni hanya standby masa bayi dilahirkan (Ummu Sibyan)… tak…..
Sebenarnya masa niat kita nak bertunang.. bernikah mengelakkan maksiat tu ‘dia’ dah start usha kita & pasangan…. kot kotla dapat sesatkan kita ni….. (kepala dongga punya syaitan!)

Hakikatnya… itulah game nya! Kita perlu alert cara nak ‘pukau’ syaitan & sekutunya agar tak ganggu kita dan keturunan kita lagi…

Dalam Al Quran pun dah dijelaskan.. bahawa syaitan itu akan terus menyesatkan kita – manusia. Apatah lagi bagi yang dia rasakan akan sentiasa berbuat baik.

Dalam soal ini… meneruskan zuriat adalah sesuatu yang tak disukai iblis.. syaitan & jin jin jahat. tambah tambah bila pasangan suami isteri ni dah pasang niat nak lahirkan khalifah Allah yang boleh menyebarkan ajaran Islam.

Suami perlu keluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan & Isteri perlu ada keseimbangan hormon, aliran telur yang bagus, tiub fallopio yang smooth. Itu yang ilmu perubatan jelaskan.

Dalam ilmu Islam pula.. wujud halangan halangan untuk hamil disebabkan oleh gangguan jin dan ia dirawat menggunakan
ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

BAGAIMANA KEMANDULAN PADA KAUM WANITA TERJADI ? :

Jin itu tinggal dalam rahim dan merosakkan benih sehingga menyebabkan benih-benih tu rosak dan tidak subur.
Benih dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran.

Dalam hadis Safiyah binti Huyay… Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman” (Isra’: 82)

Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah ni :
1. Akibat sihir.
2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

JIN JIN & SYAITAN NI SUKA DENGAN SIAPA? :

  • Jin-jin akan mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.
  • Jin Jin tertarik dengan wanita yang masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.
  • Pastikan lepas ni bukan saja kita sopan bila keluar dari rumah…. masa dalam rumah pun kena jaga…

    BAGAIMANA CARA MERAWAT GANGGUAN & MIMPI MIMPI PELIK INI? :

  • Dengarkan ayat Al Quran secara terus… terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
  • Jaga solat pada waktunya & sentiasa berzikir.
  • Baca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, baca doa tidur & mengucap.

Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata:

Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

mimpi

Dalam gambar, Ustaz Eri Abdul Rohim menunjukkan cara meruqyah sahabat/isteri/suami/anak anak menggunakan ayat ayat suci Al Quran. Model (baju kuning) adalah editor Ruqyah 9bulan10hari – Ustaz Hanis 

Pakar Ruqyah #9bulan10hari – Ustaz Eri tak putus nasihatkan kita untuk sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH.. Pasang surah Ruqyah di rumah.. dengar jika tidak membacanya..

RUQYAHKAN DIRI SENDIRI 

InsyaALLAH bulan April & Mei ini Ustaz Eri Abdul Rohim – Pakar Ruqyah 9bulan10hari ini akan berada di Malaysia dan membuat kursus rawatan Rukhyah ini. Kepada yang nak join bolehlah contact tuan Rabbani : 0132129364 / 01975077101.

Jangan terkejut jika anda berdepan semua ini, sebab ini adalah antara proses memulihkan pesakit :

DENGARKAN BACAAN RUQYAH INI & FOCUS. 

Untuk pengubatan secara mandiri (sendiri) dengarkan pm3 Ruqyah ini dua kali dalam satu hari. Lakukan selama 30-40 hari.

Semoga anda yang berdepan gangguan jin, syaitan & sihir ini dipermudahkan perjalanan untuk berubat cara Islam, cara yang ALLAH suka. InsyaALLAH akan dipermudahkan.

Kami di 9bulan10hari sentiasa mendoakan yang baik baik buat anda & kita semua. ALLAH ada.. mohonlah padaNYA.

COPYRIGHT@9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.