Kadar Kematian Ibu Melayu Disebabkan Pulmonary Embolism Paling Tinggi

Bukan 1 2 orang… tapi ramai isteri yang berdepan meroyan & PE selepas bersalin…

Buat suami, tolong isteri :

  • Elakkan isteri tertekan masa pantang.
  • Jauhkan isteri dari mulut2 negatif.
  • Bantu isteri jaga anak2.
  • Bantu siapkan makan minum isteri.
  • Bantu siapkan mandian, tungku, urut & bengkungnya.
  • Katakan suami tak mampu jaga isteri sebab kerja, dapatkan CL yang boleh jaga isteri sekurang kurangnya untuk 3 hari.
  • Jangan bagi isteri angkat berat.
  • Make sure sepanjang 45 hari berpantang, isteri banyakkan berehat.

Terlalu ramai isteri yang meroyan… rupanya ramai yang tertekan dengan suami & orang sekeliling ditambah pula anak yang menangis merengek siang malam, bengkak susu berpanjangan, penat yang tak hilang hilang… ALLAH…..

“Ala…. senaman dah cukuplah…. tak payah kolot sangat pantang cara kampung… kesiannye tengok orang2 yang dipaksa berpantang ni”

Percaya atau tak,… disebabkan kata2 ni… ramai ibu yang tersembur rahimnya…. den baru nak insaf…

Tak dinafikan, ada juga some doctor moden yang rasa amalan berpantang cara kampung ni merepek ja… nasihat saya, selagi amalan perbidanan Melayu lama, Cina, India atau Guatamala sekalipun tak memudaratkan kesihatan.. tak bercanggah dengan ajaran ALLAH, anda boleh saja nak berpantang.

Makan jamu tu bagus…. sebab tu orang orang yang amalkan pantang cara kampung ni, luar dalam dia cantik…

Bertungku, mengurut, bengkung, pilis, mandi herba tu bagus… sedap ja badan ibu masa berpantang…

Nak elak meroyan… nak elak stress… nak elak bentan.. kenalah jaga badan elok elok…. exercise saja tak cukup… sebab tu bila mommy berpantang dengan elok ni mommy akan bantu mengelak dari meroyan.

Sebab? Bila bidan (CL)/suami/ibu jaga, mommy akan rasa dihargai… akan rasa dapat kasih sayang… akan rasa orang ambil berat. Sebab tu orang orang dulu suruh jaga pantang elok2 dan ibu berpantang ni tak boleh dibiar sorang2.

Tapi ingat… pantang 45 hari tu untuk betul2 jaga makan sampai pulih luka bersalin (normal) 100 hari (czer), kalau mommy nak bertenaga & tak sakit lutut, tumit, pinggang & segala… make sure jaga makan & exercise selalu & sebenarnya sampai bila2… bukannya masa pantang saja.

Seronok bila jaga pantang elok2… sedap rasa badan….

“Risiko kematian ibu Melayu adalah lebih tinggi daripada ibu lain” Dr Imelda Balchin, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pulmonary Embolism
Ada banyak sebab kenapa pulmonary embolism ini mendekati seorang wanita. Antaranya usia ibu yang semakin meningkat selain kekurangan pergerakan badan ketika berpantang.

& menurut Doktor Imelda Balcin :

Setiap tahun, di Malaysia, seramai 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku di dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism).

Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 adalah disebabkan oleh pulmonary embolism.

Risiko kematian ibu Melayu adalah lebih tinggi daripada ibu lain.

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah.

Kadar Kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism adalah lebih tinggi daripada kematian ibu dari kaum yang lain di Malaysia.

7 dalam 10 (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya 3 dalam 10 berlaku sebelum bersalin.

9 dalam 10 (90%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas pembedahan Caesarean section, selepas pulang ke rumah. Di negara United Kingdom, 5 dalam 10 (50%) daripada kematian ibu yang disebabkan pulmonary embolism berlaku selepas Caesarean section. Lihatlah perbezaannya di UK dan di Malaysia.

Pulmonary Embolism
Hati hati mommies

Kenapa ibu yang hamil dan baru bersalin mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil?

Pertama sekali, semua ibu patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat di dalam saluran darah ibu yang hamil, sebab hormon ibu yang hamil akan merangsangkan badan membuat lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan selepas bersalin.

Kepekatan darah inilah puncanya kenapa risiko ibu yang hamil mendapat pembekuan darah menjadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Selepas bersalin kepekatan darah ini masih tinggi pada 6 minggu berpantang.

Masalah mendapat pembekuan darah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin bila dibandingkan dengan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dari dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Risiko yang paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.

Ada beberapa perkara lain yang juga menyebabkan risiko darah beku menjadi lebih tinggi lagi:

1. Usia ibu yang semakin tua (>35 tahun)
2. Berat badan yang obese
3. Merokok
4. Kehamilan kembar
5. Terdapatnya masalah yang lain (seperti pre-eclampsia, penyakit jantung lemah)
6. Kekurangan pergerakan badan (seperti selepas pembedahan Caesarean)
7. Kekurangan meminum air (dehydration)
8. Ketumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin

Apakah tanda-tandanya bila terdapat pembekuan darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru (pulmonary embolism) :

1. Pernafasan terganggu atau sesak nafas
2. Nadi denyutan jantung ibu menjadi lebih laju daripada biasa
3. Suhu badan mungkin naik
4. Batuk darah

Pembekuan darah di dalam saluran darah mengganggu pengaliran darah ke paru-paru dan menghalang kemasukan oksigen yang secukupnya ke dalam darah. Tekanan darah di dalam paru-paru menjadi tinggi dan meninggikan beban ke atas jantung di sebelah kanan. Ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam paru-paru dan kematian secara mengejut.

Pulmonary Embolism
Rujuk doktor, jika anda punya tanda tanda PE.

Bagaimanakah kita hendak mengelakkan pulmonary embolism?

1. Menjaga berat badan. Biasakan diri dengan cara hidup yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
2. Semasa hamil, bersenam 20-30 minit setiap hari untuk mengawal kenaikan berat badan.
3. Berhenti merokok
4. Elakkan pembedahan Caesarean section jika tidak diperlukan
5. Jika terpaksa menjalani pembedahan Caesarean section – Doktor akan memberi suntikan untuk mencairkan darah sekali sehari untuk 7 hari, sebagai ubat pencegah kemudaratan pulmonary embolism.
6. Minum air yang secukupnya selepas bersalin, terutamanya ibu yang menyusukan bayi (Keperluannya ialah 3L sehari / 12-13 gelas sehari), walaupun di dalam pantang.
7. Berjalan-jalan selepas bersalin untuk membantu pengaliran darah walaupun di dalam pantang.

Pulmonary Embolism
Ibu melayu berdepan PE paling tinggi…

Mengapakah terdapat kelebihan kematian ibu dari kaum Melayu bila dibandingkan dengan kaum yang lain?

Tidak ada jawapan atau bukti yang kukuh. Mungkin lebih ramai ibu yang obese. Mungkin lebih ramai yang mengamal pantang yang tidak membenarkan ibu meminum secukupnya, atau berjalan-jalan (walaupun di dalam rumah).

Mungkin kerana khuatir yang ubat suntikan pencair darah seperti clexane itu berunsur khinzir, dan adakah ibu-ibu tidak mengikut nasihat Doktor dan tidak mengambil suntikan clexane?

Saya akan memberi penjelasan daripada Ustaz, kenapa diharuskan mengambil clexane walaupun ia berunsur khinzir.

1. Tidak ada ubat lain yang tidak berunsur khinzir yang lebih baik daripada clexane
2. Ubat suntikan heparin tidak memberi kebersanan yang setanding dengan clexane terutama bagi ibu yang berat badan melebihi 90kg.
3. Ubat fondaparinux pula sangat mahal dan ramai ibu tidak mampu. Ia boleh memasuki susu badan dan bayi yang menyusu boleh mendapat dose yang sedikit.

Saya harap keterangan ini jelas, supaya ibu-ibu tidak lagi khuatir tentang penggunaan ubat suntikan pencair darah clexane untuk mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kematian ibu bersalin. Jika ibu mendapat masalah pembekuan darah semasa hamil, rawatan yang terbaik jugalah clexane atau ubat yang sejenis dengannya low molecular weight heparin seperti deltaparin, enoxaparin dan tinzaparin.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah kepada kesemua ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencegah venous thromboembolism dan pulmonary embolism dengan menyampaikan ilmu pengetahuan.

Prof Dr Imelda,
Pakar perunding maternal dan fetal medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

.

Kata Penulis : 

Tq banyak banyak Dr Imelda. Penerangan ini akan lebih membuka mata ibu ibu hamil. Semoga doktor dilimpahkan kesihatan yang baik & kasih sayang berpanjangan.

Buat pregnant mommy yang akan berpantang, Orang orang dulu tak bagi ibu berpantang minum banyak air disebabkan takut luka perineum lambat sembuh. Ya lah dah kerap ke toilet membuang kan.

Tapi… doktor doktor galakkan mommy minum byk air masa berpantang untuk elakkan dehidrasi selain membantu menambahkan susu badan.

Cara terbaik adalah, jika mommy dapat melahirkan anak sekurang kurangnya tanpa luka yang teruk, insyaALLAH mommy boleh minum banyak air ketika berpantang.

Pun begitu, dalam keadaan berpantang kini, bidan bidan kampung pun dah galakkan mommy minum banyak air. Namun, pastikan berpada pada.

Berpantang Adalah Proses Pemulihan Badan & Emosi.

Dari peratusan yang doktor Imelda Balchin tulis,

7 dalam 10 (73%) daripada kematian ibu disebabkan pulmonary embolism ini berlaku selepas bersalin dan hanya 3 dalam 10 berlaku sebelum bersalin.

Dalam kes ni, memang tak dinafikan ramai ibu ibu (tambah tambah ibu Melayu) yang sedang berpantang suka buat kerja mengalahkan ultraman.

Basuh pinggan, mop rumah, mandikan anak sendiri, bangun duduk secara kerap, memasak… ini semua akan menyebabkan ibu ini bukan saja berdepan bentan, prolapse dan meroyan malah ada kemungkinan ‘diintai’ pulmonary embolism.

Kerja ibu berpantang adalah :

  1. Rehat pulihkan luka
  2. Jangan terlalu beremosi & elakkan stress
  3. Buat pergerakan ringkas seawal bangun tidur di waktu pagi dengan berjalan & buat senaman simple.

Buat suami :

Bantulah isteri anda uruskan anak & dirinya. Kerana bukan mudah nak pulihkan luka bersalin yang ditambah dengan bengkak susu.

Semoga ALLAH mudahkan semua urusan ibu ibu sekalian.

Pulmonary Embolism
Di Malaysia, kes PE ni masih tak diketahui umum secara menyeluruh. Sebarkan, semoga kita dapat beri kesedaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.