Para Suami, Jangan Abaikan ” Tag ” Dari Isteri, Ia Boleh Buatkan Hubungan Rumahtangga Jadi Hambar

Isteri banyak tag suami kerana rasa sayang.

Percaya atau tidak.. setiap kali posting di FB melibatkan hal rumahtangga, ilmu ilmu berkaitan kehamilan, isteri yang lebih banyak akan tag suami & bukannya suami tag isteri.

Kenapa? 
Sebab isteri sayangkan hubungan rumahtangga. Dia nak suami & dirinya sama sama ambil tahu ilmu agar kehidupan rumahtangganya lebih baik.

Perkara REPLY TAG TAG ini bukanlah wajib…. tapi bila ia melibatkan :

  • Perasaan sedih isteri
  • Emosi bercelaru isteri

Aib & malu isteri bila suami orang lain ambil tahu tapi bukan suaminya…

Ia akan beri kesan jangka panjang & mungkin dendam buat si isteri jika berulang kali dia tag suami, tapi tiada balasan dari suami. 

Apatah lagi bila isteri tag untuk isu isu semasa & ilmu yang penting, tapi bila suami tak baca finally ia akan create problem yang berpanjangan.

Kes 1 : Tag Ilmu Kelahiran … & suami tak baca 
Banyak kali saya tag suami…. tapi dia tak reply. Saya tag suami tentang ilmu kehamilan… “apa yang suami perlu buat ketika di labour room”… tapi bila sampai labour room suami saya tak tahu nak buat apa… tercengang & biar doktor yang azankan anak kami. Rupanya suami saya tak baca pun ilmu yang saya tagnya. Sedih sangat. Sebab suami saya tak ambil tahu ilmu ilmu free dari 9bulan10hari ni sebaliknya habiskan masa dengan main game. Sampai doktor pun tak tahu nak kata apa bila suami saya tak tahu azankan anak selepas saya bersalin. Kalaulah suami saya baca ilmu yang saya tag ni… mesti dia tahu serba sedikit ilmu ni.

Kes 2 : Tag Ilmu Rumahtangga … namun suami lebih selesa reply kawan kawannya berbanding isteri
Saya selalu tag suami saya… seronok rasa nak berkongsi kebahagiaan berumahtangga. Tapi suami saya tak reply. Dia hanya reply kawan kawannya yang tag dia. Saya yang nampak suami saya reply orang lain panjang panjang & abaikan tag dari saya ni buatkan saya rasa sedih & banyak kali juga saya menangis sebab terasa. Walaupun benda ni mungkin remeh bagi orang lain, tapi sebagai isteri, saya rasa perkongsian ilmu yang saya tag ni tak penting bagi suami saya. Kalaulah suami saya faham…

Kes 3 : Rasa sunyi sebab susah nak berkongsi ilmu dengan suami
Seronok bila tengok ada suami yang reply bila isteri tag. Mereka jawab terima kasih sayang. Bagi saya kalau ucapan itu saja sudah cukup. Sebab ia menunjukkan rasa ambil berat & tahu suami terhadap saya. Ni tak, bertahun saya tag tapi tak pernah reply. Saya bukannya ada orang lain, saya hanya ada suami saja untuk berkongsi ilmu.

Kenapa bahaya bila tak reply tag dari isteri? :

  • Isteri rasa tak dihargai
  • Isteri rasa suaminya tak ambil berat tentang ilmu
  • Isteri mudah rasa down
  • Isteri terpaksa berkongsi rasa dengan orang lain & mungkin lelaki

tag tag

Nasihat buat suami :

  • Replylah tag dari isteri.
  • Kalau bukan panjang berjela pun ucapkanlah terima kasih & smile disitu.
  • Percayalah, isteri tuan tag tag tuan sebab dia hanya ada tuan, dia perlukan tuan untuk sama sama membina rumahangga yang lebih bahagia.
  • Isteri tuan hanya ada tuan, walaupun ada kawan kawan lelaki lain, tapi dia taknak semua tu, dia nak tuan saja.
  • Percayalah, isteri tuan ALLAH design dengan hati yang rapuh, dialah anugerah ALLAH yang terlalu lembut hatinya yang ingin disayangi dan menyayangi. Dia mampu buat tuan terlalu bahagia. Namun, bila tuan abaikan dia, dia mudah terlalu keras hati sehingga tuan sendiri akan kehilangannya tanpa tuan sendiri sedar.

COPYRIGHT@9bulan10hari. Tak dihalalkan copy paste!

Leave a Reply

Your email address will not be published.