“Bila suami & kau suka pandang cermin & mandi tanpa seurat benang, aku perati gelagat korang.. Tunggu peluang nak sesatkan je”

Seram kan bila baca?

Mula mula tak percaya… but 1 persatu story ni diceritakan sendiri oleh para ulama & pengamal perubatan Islam supaya kita terus berhati hati…

Baik, saya explain sikit… apa mission makhluk ni? Siapa dia…?

Makhluk itu ada di mana saja, memerhati & menunggu untuk sesatkan kita ketika kita berbuat baik. 

Ramai yang ingat syaitan & seangkatan dengannya ni hanya standby masa bayi dilahirkan (Ummu Sibyan)… tak…..

Sebenarnya masa niat kita nak bertunang.. bernikah mengelakkan maksiat tu dia dah start usha kita & pasangan…. kot kotla dapat sesatkan kita ni.…. (kepala dongga punya syaitan!)

Hakikatnya… itulah game nya! Kita perlu alert cara nak ‘pukau’ syaitan & sekutunya agar tak ganggu kita dan keturunan kita lagi…

Dalam Al Quran pun sudah dijelaskan.. bahawa syaitan itu akan terus menyesatkan kita – manusia. Apatah lagi bagi yang dia rasakan akan sentiasa berbuat baik.

Dalam soal ini… meneruskan zuriat adalah sesuatu yang tak disukai iblis.. syaitan & jin jin jahat. tambah tambah bila pasangan suami isteri ni dah pasang niat nak lahirkan khalifah Allah yang boleh menyebarkan ajaran Islam.

Suami perlu keluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan & Isteri perlu ada keseimbangan hormon, aliran telur yang bagus, tiub fallopio yang smooth. Itu yang ilmu perubatan jelaskan.

Dalam ilmu Islam pula.. wujud halangan halangan untuk hamil disebabkan oleh gangguan jin dan ia dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Makhluk ini bersumpah untuk terus mengganggu seluruh keturunan Adam

Rupanya keguguran & lambat peroleh rezeki anak juga berkait rapat dengan gangguan jin & syaitan.

Pernah tak dengar wanita yang sering keguguran walaupun dah begitu berhati hati?
Pernah tak dengar ramai pasangan yang cuba bertahun tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak?

Walaupun kita dah berhati hati dengan penjagaan rahim…dengan penjagaan kesuburan suami isteri tiba tiba ada pula tetamu yang kita tak jemput pun terus datang…

darah

Ketahuilah bahawa jin mudah jatuh cinta dengan wanita yang masuk toilet, mandi & menyanyi (terdedah) – menyebabkan salah satu daripada makhluk itu tertarik dan meresap ke dalam tubuhnya dan mengganggu.

Kepada lelaki atau wanita yang suka bersolek & terdedah tanpa seurat benang.

Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah gangguan pada manusia :
1. Akibat sihir.
2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin ni suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.

Jin Jin tertarik dengan wanita yang masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

Seram kan? So make sure lepas ni bukan saja kita sopan bila keluar dari rumah…. masa dalam rumah pun kena jaga… beritahu kepada pasangan & family mengenai hal ini supaya mereka juga alert.

Adakah anda mempunyai tanda tanda gangguan sebegini?

  • Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
  • Kusut fikiran.
  • Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
  • Mengigau ketika tidur.
  • Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Adakah kemandulan berkait dengan gangguan? Jawapannya… YA.. 

Katakan doktor sudah sahkan keadaan rahim anda & kesuburan suami berada pada tahap terbaik, bertahun mencuba dan masih lagi belum dikurniakan zuriat….. maka anda perlu alert tentang adanya gangguan gangguan sebegini.

Kemandulan pada kaum wanita ni terjadi bila :

  • Jin itu tinggal dalam rahim dan merosakkan benih sehingga menyebabkan benih-benih tu rosak dan tidak subur.
  • Benih dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran.Sebab tu sebelum.. selepas & semasa hamil setiap pasangan perlu ada ilmu kehamilan & kelahiran.Dalam hadis Safiyah binti Huyay… Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Ini kaedah untuk merawat masalah kemandulan akibat gangguan jin:

  • Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini boleh juga dirakamkan dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.
  • Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun diperdengarkan kepadanya.
  • Membaca surah al-Ma’arij ketika hendak tidur, ataupun diperdengarkan kepadanya.
  • Bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan. Make sure amalan ni dilakukan 3 bulan selain beriman kepada ALLAH.

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman” (Isra’: 82)

Conclusionnya :

  • Dengarkan ayat Al Quran secara terus… terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
  • Jaga solat pada waktunya & sentiasa berzikir.
  • Baca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, baca doa tidur & mengucap.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.