Orang Lelaki Pun Kena Jaga Luaq Dalam La Cek Oiii… Bukan Isteri Saja Noo…

Hehe… tiba tiba title keluaq bahasa Kedah..

Baik, kalau rahim isteri nak pakai lama…….tau dak yang $%^&* suami pun kena pakai lama jugak naa….

Bila nak kena pakai lama tu… kenalah ambik tau… kalau tak ambik tau satgi kecundang di tengah lautan bergelora pulak… hihi…..

Dalam 16 tips ni saya mix dengan amalan orang orang lelaki kat kampung… yang walaupun tak pi gym… badan depa kuat macam badang… hehe…

Tapiiiii…. depa tak dok saja la… depa bangun awai siap pi kebun getah & bendang… sebab tu walaupun dah berumur… ramai tokwan yang tetap nampak handsome & KUAT… hehe… tengok gambaq ni…

Hye pakcik, walaupun pakcik nampak stail… tapi merokok membahayakan kesihatan…. hihi (credit : Vietnam post)

16 TIPS BUAT LELAKI UNTUK SIHAT LUAR & DALAM SEHINGGA ISTERI PUN TERSENYUM GIRANG… hehe

  1. Makan telur ayam kampung 2 kali seminggu… campur madu.. ni penting ni – untuk tambah tenaga.
    .
    .
  2. Minum air halia seminggu sekali – untuk buang angin dalam badan tu. Elakkan minum minuman keras & merokok – sangat mudah merosakkan kualiti sperma.
    .
    .
  3. Elakkan makan bersulam air... maknanya semulut nasik seteguk ayaq… – boleh sebabkan perut buncit.
    .
    .|
  4. Banyakkan membaca... Ada 1001 perkara yang seorang bakal suami perlu tahu sebelum jadi ayah. Waktu subur.. doa mulakan jimak… peranan suami bila emosi isteri up & down…. tips jaga anak dalam kandungan… semua tu kena ambil tahu (Rujuk buku 9bulan10hari untuk ilmu lengkap merancang kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan juga buat seorang bapa)
    .
    .
  5. Elakkan memandang cermin selepas maghrib – mesti ramai yang ingat perempuan ja kena elakkan…. sebenarnya lelaki pun… takut ‘makhluk’ tu berkenan pulak kat tuan… dahhh… dok belek lama sangat misai tu sapa suruh… bahaya bahaya….
    .
    .
  6. Jauhkan diri dari melakukan aktiviti di tempat panas setiap hari – mengganggu keaktifan sperma.
    .
    .
  7. Elakkan mandi malam – elak sakit di sendi.
    .
    .
  8. Elakkan tidur meniarap & pakai pakaian ketat – bimbang darah tidak mengalir dengan baik.
    .
    .
  9. Urut badan – membetulkan urat urat yang tersimpul. Ingat! urutan bagi lelaki … urut dengan lelaki saja na…. jangan dok pi urut kat perempuan… Haram hukumnya disentuh wanita bukan mahram! ish ish ish….
    .
    .
  10. Make sure tidur 7 hingga 8 jam sehari. Tidur sangat penting… kadang tenaga nak pakai sampai ke malam kan….hihi
    .
    .
  11. Elakkan minum minuman sejuk sentiasa… – mengurangkan ‘kekuatan’ bahagian sulit lelaki.
    .
    .
  12. Aktifkan diri – bersenam & beriadah antara cara terbaik seseorang lelaki boleh kelihatan bertenaga sepanjang masa & tak lemau & lembik saja….
    .
    .
  13. Jaga pemakanan yang sihat & seimbang – peluang untuk hamil lebih tinggi berbanding jika tidak menjaganya.
    .
    .
  14. Elakkan stress.. – boleh menjejaskan kesuburan.
    .
    .
  15. Honeymoon secara kerap – membuatkan anda terus jatuh cinta lagi dan lagi dengan isteri anda.
    Credit : Weddingsmedia
    .
    .
  16. Dekatkan diri dengan Allah... Ni paling penting…. bayar semahal mana pun kos perubatan & rawatan untuk hamil.. kalau Allah kata tak … maka tak lah…. so banyakkan mengaji… berzikir & fikir benda benda baik.. minta doa padaNYA… InsyaAllah dipermudahkan.
    .
    .
    Sapa free malam ni? (17 Oktober 2017)? jom join solat hajat dengan kami “majlis solat hajat memohon agar setiap pasangan suami isteri dikurniakan zuriat soleh & solehah dengan mudah dan cepatnya” aamiin…
    .
    .
    Buat para suami…. sayangilah $%^& anda seperti mana anda sayangkan isteri anda… hehe…
    .
    .
    COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.