Ayah… Jangan Sebut Ayat Ni Kat Ibu Ya… Kalau Ibu Sedih Nanti Cemana? Ayah Jugak Yang Kena Bawa Pi Shopping. Hihi

Allah… masa pregnant ni lah emosi jadi tak betul. Terfikir benda yang tak patut fikir. Kadang bila kawan kawan ketawa pun kita tak rasa kelakar.

Ada some pregnant mommy yang terlalu sensitif sampai menangis tengok cerita upin ipin.. tambah tambah part upin ipin tak ada mainan macam Ehsan, Mael & Mei Mei. Sedih je mommy ni nangis sob sob sob….

Ketika hamil isteri melalui perubahan diri & emosi. Tak mudah menerima roh baru di dalam badan.

Sebab tu bila tuan usik sikit je terus wife emosi.

Ini antara ayat ayat tajam yang tuan rasa biasa biasa je, tapi sebenarnya mengguris hati isteri tuan.

Elakkan sebut 10 perkara ini pada isteri. Sama ada hamil atau tidak…  

  1. EYY EYHH… DAH BAM BAM DAH ISTERI ABANG, BARU 2 BULAN MENGANDUNG NI, KALAU 7 BULAN NANTI GAMAKNYA MACAM BELON YE SAYANG…
    Walaupun suami cakap ayat ni penuh lentok & lemah lembut, percayalah…. sakit ooooo telinga & hati ni dengaq!… Make sure jangan sesekali sentuh topik isteri dah berisi. Ketahuilah, bila isteri tuan berisi masa pregnant, tuan patut bersyukur sebab wife tuan boleh menerima makanan berkhasiat & supplement buatnya & anak dalam kandungan.
    .
    .
  2. BERSEPAHNYA RUMAH. TAK KEMAS KE?
    Rumah bersepah setakat toys kat lantai tu tuan sebaiknya tak perlu tanya kenapa bersepah. Seeloknya tuan bantulah isteri tuan mengemas rumah yang sepah tu, tambah tambah bila ada anak kecil & isteri pregnant, ia lumrah.
    .
    .
  3. AIK… TADI BARU JE MAKAN, NI NAK MAKAN PULAK? LAPAR BALIK KE? SAYANG NI BELA JIN KE APE?
    Nasiblah tuan pandai pujuk cepat cepat, kalau tak kena cari wife kat rumah mak dia lah nampak gayanya. heheibu hamil.
    .
  4. SAYANG NI KAN, TIDUR JE MANJANG… PENAT SANGAT KE SAYANG NI? KE BUAT BUAT…
    Haiisshh… ni pantang! ingat seronok ke tido macam ni sampai banyak kerja tak dapat nak buat… ? Ketahuilah… masa pregnant ni letih dia lain macam… Banyak beza antara suami rehat dengan isteri rehat…
    .
    .
  5. PUCATNYA MUKA SAYANG, KALAU DULU SEBELUM KAHWIN MERAH JE..
    Isteri tuan pucat sebab tuan…. huh? macam mana tu? Macam ni, masa pregnant isteri tuan sangat mudah untuk takda selera makan. Bila tak makan, maka dia kurang tenaga, bila kurang tenaga dia akan nampak pucat. Untuk tu, para suami kenalah sediakan makanan berkhasiat buat isteri tuan agar sentiasa nampak merah macam sebelum kahwin.
    .
    .
  6. HARI NI PUN TAK MASAK EK? KENA MAKAN LUAR JUGAK KE?
    Masa pregnant, ada di antara isteri yang berdepan morning sickness yang sangat teruk sampai nak masuk dapur pun tak boleh. Bau nasi mendidih, bau bawang, bau rempah, semua tu akan buat isteri rasa lagi pening sampai boleh muntah.
    .
    .
  7. ALAMAK, ADA LINE KAT PERUT LAH…!
    Tu adalah stretchmarks yang disebabkan isteri tuan berkorban nak lahirkan zuriat buat tuan. Walaupun isteri tuan tahu dia akan alami perubahan fizikal yang drastik, tapi demi sayang pada tuan, isteri tuan relakan. Jangan sebut benda benda sensitif padanya ya.
    .
    .
  8. KENAPA KERAP MUNTAH NI? SUDAH SUDAHLAH..
    Tuan, isteri tuan bukannya saja buat buat muntah. Ketika isteri tuan menerima roh baru (anak) di dalam badannya, badannya rasa tak stabil, rasa tak sedap, rasa something, sebab tu dia muntah. Ketika ini, tuan sebaiknya urutkan belakang isteri masa muntah.
    .
    .
  9. MENGIDAM LAGI? KENAPA BANYAK SANGAT.
    Ketahuilah tuan, bila tuan membahagiakan bidadari tuan, semakin banyak rezeki yang tak disangka sangka mengintai tuan. Cubalah.
    .
    .
  10. MENANGIS … MENANGIS… MENANGIS… SAYANG TAKDA KEJA LAIN EK?
    Seorang wanita itu ALLAH dah design mereka sebegitu. Lembut hati & mudah tersentuh. katakan tuan tak larat nak gunakan kata kata dengan pujuknya, cukuplah sekadar tuan peluk isteri tuan seeratnya & minta siap ajar keluar jalan jalan.
ibu hamil
Hargailah….

Semoga ALLAH mudahkan perjalanan setiap pasangan suami isteri untuk bergelar ibu ayah hebat… aamiin.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.