Bila Isteri Seorang Diri, Tiada Suami Di Sisi, Suka Pula Beremosi, Maka ‘Aku’ Akan Datang Menghampiri.

#kisahbenar
“Assalamualaikum sis… isteri saya sekarang dalam rawatan sebab dia akan meracau & jadi orang lain setiap hari lepas Asar...

Dah bawa jumpa ustaz… Ustaz dah bagi air, ayat & minta pasang surah Ruqyah.

Lepas selidik.. rupanya.. masa pantang isteri saya pernah keluar dari rumah tanpa kitorang tahu pun… dia pegi jemur napkin anak banyak kali dekat nak maghrib.. padahal tak jauh pun.. depan rumah ja..Harini hari ke 37 berpantang & dah 13 hari isteri saya bukan lagi isteri saya.. doakan isteri saya pulih cepat ya sis..

Kata penulis : 

Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri Mei lalu. Alhamdulillah sekarang mommy ni dah semakin pulih walaupun ada ketikanya meracau secara tiba tiba.

Masa tak pantang pun makhluk halus merata rata tepi kita… Masa kita mandi dia tengok, masa makan kalau tak baca bismillah dia pun meratah sama…. masa ‘bersama’ pasangan kalau terbuka dia pun join himpit himpit sekali… semua tu kita takkan nampak pun….

Tapi hakikatnya…. makhluk halus wujud, apatah lagi kepada mereka yang tidak dekat dengan ALLAH.

Wajib jaga mulut, jaga diri, jaga emosi, jaga pantang!

“Ala….. kami orang moden… kami tak percaya dengan ni… kami percaya dengan sains…” 

Bab berpantang lepas bersalin ni tolonglah jangan sesekali buat main…. Modern ka tak modern ka, ikut sains ka tak ka… setiap wanita sesudah bersalin WAJIB berpantang!! Kalau tak mau sangat pantang cara kampung… pantang cara Islam!

darah
Dalam Quran dah diterangkan yang syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. But still ramai yang rasa kolot dengan adat adat pantang ni & finally jadi benda benda pelik bukan saja masa pantang tapi ‘benda tu’ ikut sampai akhir hayat. Nauzubillah….

Adab berpantang cara Melayu, Cina, India malah Guatemala ada sebab!

“Ala… sidai napkin depan rumah je….”

haa… yang je je je ni yang akan senang kena benda benda pelik… orang orang zaman dulu bukannya tak bagi keluar rumah saja… keluar bilik pun tak boleh.

Orang orang dulu & CL zaman sekarang suruh berpantang ni ada sebab.

Berpantang itu sendiri dah bermakna tempoh pulihkan diri & kepenatan mommy melahirkan anak. Berehatlah dengan secukupnya.

Jangan keluar rumah kecuali ke klinik.. tu pun di waktu pagi & bukannya petang & selepas maghrib.

Masa berpantang semua benda kena jaga… :

  • Tak boleh keluar rumah.
  • Tak boleh biar darah nifas dengan pad tu berselerak dalam tong sampah. Basuh dulu, balut dengan kertas & barulah buang.
  • Tak boleh banyak berjalan…. (setakat senaman ringan tu boleh)
  • Tak boleh duduk bersila…
  • Tak boleh main phone lama lama..
  • Tak boleh membaca lama…
  • Tak boleh fikir pelik pelik…Banyak benda berkait…. dari fizikal sampailah mental… kena jaga!

Kenapa? 

Disebabkan ibu ibu berpantang ni tengah lemah… dia sangat jadi tarikan makhluk halus sebab darah nifas dahla banyak, rasa pula pekat pekat ‘sweet’… maka berpestalah seluruh ‘kaum kerabatnya’ meratah hak anda dan akhirnya jatuh cinta sampai dibawa ke katil.

Orang Melayu kita pantang 45 hari ni sebenarnya tak se’ganas’ orang Cina berpantang tau. Depa pantang siap kipas pun tak boleh buka langsung.. anak pun tak boleh jaga!

Berpantanglah dengan elok.. repair emosi… fikir yang baik baik… peranan suami jelas lebih kepada meringankan beban isteri… 

Manusia diintai seawal kelahiran lagi. 

Sesungguhnya syaitan mula aim sejak seseorang manusia tu lahir lagi. Ummu Sibyan ni selalu excited sangat dengan baby.. dia tunggu ja time nak sesatkan kita & anak anak kita.

Kalau perasan, ada doktor yang melahirkan anak kita siap berzikir, siap suruh kita baca zikir nabi Yunus… sebab? Nak bantu kita lebih tenang & elakkan benda benda tak baik.

Sebab tu kita kena follow sunnah Rasulullah saw sesudah melahirkan anak iaitu azan & iqamat di telinga bayi. Masa kita jauh dari ibadah lah ‘benda tu’ senang nak kacau. Since mommy tak boleh pegang Quran ketika tak suci ni, cukup sekadar pasang surah Ruqyah & ayat ayat Al Quran agar terus menjadi pendinding buat mommy , anak anak & family. 

Banyak kes yang jadi bila dahla ibu & anak tak dengar langsung kalimah kalimah ALLAH… masa berpantang makan main redah saja.. tidur dalam aircond… suami tak bagi perhatian… so bila semua ni bercampur… emosi pulak terganggu & finally mommy ni meroyan sepanjang hayatnya.

Asal bulan mengambang mulalah benda benda pelik jadi… menjerit… pukul anak & bertindak kejam.

Sedangkan meroyan pun susah nak ubat… apatah lagi meroyan ketika didampingi ‘tetamu tak diundang’… macam macam boleh terjadi.

Kuasa bismillahirrahmanirrahim yang menghalang iblis & syaitan. Jangan lupa ALLAH.

Jaga diri sebaiknya, kerana ‘dia’ memang ada.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.