Maafkan Ibu Sayang…. HB Low Jadi Punca Ibu Hilang Anak Ibu.

Assalamualaikum semua… Saya Aliya, sejak kecil sampailah besar… saya sentiasa elakkan makanan seperti sayur & buah buahan sebab tak suka. Kalau telan rasa nak muntah. Kalau order makanan panas, saya akan asingkan dulu semua sayur termasuk bawang putih dan barulah saya makan.

siapa macam ni?
credit : mazfadhilah.blogspot

Pendek kata.. semua jenis makanan berkhasiat saya susah nak telan. Ya.. salah saya. Supplement pun saya tak ambil sebab tak ada ilmu mengenai kepentingannya.

Ini pengalaman kehamilan saya disebabkan tak concern mengenai ini semua. Saya menghidap HB Low disebabkan lifestyle saya yang tak teratur selain penghidap thalassaemia. Seperti wanita lain, ketika kita disahkan hamil, keindahan & kebahagiaan tu jelas terasa. Tak sabar rasanya nak rasa denyut nadi dalam rahim ni.

Saya & suami saya plan macam macam untuk anak kami. Kami plan nak masukkan anak kami ke sekolah tahfiz & menuntut di Al-Azhar…

Dalam keseronokan tu… saya dimaklumkan doctor.. anak di dalam kandungan saya tiada denyut nadi. Selain tahap hemoglobin (HB) saya ni rendah, saya juga berdepan jangkitan pada rahim(cervical incompetence) yang memungkinkan saya berdepan keguguran ini.

Allah….. baru semalam kami cakap mengenai masa depan anak ini, hari ni kami sekeluarga bersedih. 

Anak ibu cukup sifat sayang…. Anak ibu nampak comel di atas tapak tangan ibu.. tapi anak ibu dah takda nadi….


15 minggu anak ibu bersama ibu….. bermainlah anak ibu di dalam syurga yang kekal abadi… .. Luluh hati saya masa tu.

Doctor cakap HB ni adalah pengangkut oksigen & zat makanan ke seluruh badan. Disebabkan saya ni mengalami anemia, tisu seluruh badan kurang kandungan oksigen dan kurang tenaga. 

Bila saya pun tak cukup oksigen, macam mana saya nak berkongsi dengan anak? Allahuakhbar……. salah saya.

Walaupun Allah pinjamkan sekejap anak ini buat kami, tapi kesannya begitu mendalam. Sebab pakaiannya semua kami dah beli.

Disahkan hamil sekali lagi, namun… 

Tahun berikutnya saya disahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah… walaupun HB saya masih rendah, tapi mendapat pantauan khas dari kk ibu & anak. Masa kehamilan kedua ni, semuanya ok kecuali masa kandungan mencecah 34 minggu, tumbesaran anak saya berhenti.

Memasuki minggu ke 37, bayi saya tak tunjukkan sebarang respon dan kurang bergerak. ALLAH…. apa pula kali ni. Kes saya dirujuk ke HKL. Doctor minta saya lahirkan segera bagi mengelakkan risiko yang tak diingini berlaku.

Saya bersyukur masa tu, sebab doctor & nurse semuanya bagi kata kata semangat & doakan saya. Betullah… masa kita tengah down, pelukan adalah antara rawatan terbaik. Nurse yang melihat saya sedih & menangis datang dan peluk saya…..

Kurang beban.

Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.06kg selepas 8 jam induce.

Ingatkan semua dah selamat. Rupanya…

Doctor maklumkan anak saya hanya mempunyai sebelah saja buah pinggang.

Allah….walaupun saya makan & minum pelbagai jenis makanan yang kaya dengan zat desi, namun saya berdepan juga masalah kesihatan ini disebabkan saya pembawa thalassaemia. 

Kalaulah dari kecil saya ni jenis makan sayur & buah, sekurang kurangnya saya boleh bantu elakkan ini semua walaupun sedikit. 

Bagi wanita yang nak pregnant, tolonglah ambil tahu pasal HB anda ni. Kerana kesakitan bila kehilangan anak ini sungguh lain sekali.

& sebelum kahwin tolonglah buat ujian sringan thalassaemia. Ia sangat penting untuk elakkan problem macam saya ni. 

Kata penulis : 

Semoga ALLAH mudahkan semua urusan Aliya & ibu ibu hamil.

Ingat mommy…. disebabkan HB LOW, bayi berdepan kecacatan & tiada degupan jantung & mungkin keguguran.

Ambil serious, kerana hemoglobin ini yang akan mengangkut oksigen dalam badan anda.

Sebenarnya kisah Aliya ni menunjukkan betapa pentingnya pemakanan sihat untuk semua wanita. Termasuk anda yang ada anak anak perempuan. Dari usia kecil lagi bermulanya punca penyakit ini.

Sebab tu sebelum berkahwin anda dan pasangan disuruh membuat ujian saringan thalassaemia. 

1 daripada 5 wanita hamil alami HB low. Berapa HB anda?

Baik, bagaimana anemia dikesan?

  • Dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras HB dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.

Sebelum kita hamil, dari kecil lagi… seorang wanita perlukan 15mg zat besi tiap hari. Anda.. anak perempuan anda.. cukup tak keperluan zat besi setiap hari?

Jika tidak…. dia mungkin berdepan hari hari sukar ketika ingin hamil nanti. Nauzubillah… InsyaAllah… kita buat yang terbaik.. Allah akan mudahkan…

Seorang wanita hamil perlukan 30mg zat besi setiap hari!

Apa risiko anemia ketika hamil?

  • Kelahiran pra-matang dan bayi yang kurang berat sewaktu lahir
  • Terpaksa menjalani penambahan darah (blood transfusion) sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Bayi menghidap anemia
  • Bayi yang mengalami lewat perkembangan
  • Bayi mengalami kecacatan kelahiran pada tulang belakang mahupun otak

Disebabkan tak cukup zat besi untuk hasilkan hemoglobin (hb) buat ibu & bayi ni lah ibu hamil mudah dapat anemia.

Apa sebab lain ibu hamil dapat anemia?

  • Muntah teruk sebab morning sickness
  • Usia hamil muda
  • Jarak kehamilan dengan sebelumnya dekat
  • Pengidap anemia sejak sebelum hamil

Jumlah hemoglobin bagi wanita biasa adalah 12-16gm/dL berbanding wanita hamil hemoglobinnya 11-15gm/dL.

Actually banyak dah supplemen yang kaya dengan zat besi di pasaran. So ia mudahkan ibu hamil untuk mendapatkannya… TAPI pastikan ada kelulusan KKM.

Katakan ada mommies yang tak suka dengan supplement atau pil pil ni, (rujuk m/s44 buku 9bulan10hari mengenai jumlah makanan yang perlu dimakan wanita hamil untuk sehari)

Anda juga boleh makan : 

  • Madu – selitkan makanan sunnah ini dalam minuman anda. Amalkannya setiap hari.
  • Kurma – bukan saja menambah darah tapi beri tenaga.
  • KIsmis – buah anggur yang dikeringkan ini berpotensi melawan anemia.
  • Sayur berdaun hijau (brokoli) – melawan penyakit & jangkitan.
  • Daging merah – tinggi zat besi
  • Pisang – 2 biji pisang setiap hari bantu pertumbuhan janin & sel sel baru.
  • Hati – baik untuk memekatkan darah, tapi jangan makan terlalu banyak kerana tidak elok untuk otak.
  • Bayam – inilah sayur hijau paling baik untuk wanita hamil menyerap zat besi & folat.
  • Kerang – make sure bersihkan kerang betul betul bersih sebelum menghidangkannya kepada wanita hamil. Seeloknya dimasak di rumah daripada dibeli atau dimakan di luar.
  • Buah delima – pertahankan jumlah sel farah merah.
  • Oat – mudah dicerna.
  • Telur – kuning telur saja mengandungi zad besi & nutrien
  • Kekacang – berpotensi menambah darah.
  • Elakkan meminum minuman berkafein.

Ketika hamil, bayi di dalam kandungan menyerap nutrien daripada ibunya & jika anda mengandungkan anak kembar ia boleh meningkatkan risiko mengalami anemia.

Thalassaemia juga adalah sebab wanita berdepan anemia ketika hamil.

Simptom anemia :

  • Keletihan & sesak nafas 
  • Sakit kepala
  • Telinga berdengung
  • Jantung berdebar
  • Kelihatan pucat

Kepada wanita hamil yang berdepan anemia ni doktor maybe akan bagi pil zat besi, yang problemnya dengan pil zat besi ni dia akan menyebabkan sembelit, sakit perut & diarrhea.

Katakan pil zat besi yang doktor bagi tu buatkan keadaan anda lebih serious, make sure bagitau doktor keadaan anda. .

Masa trimester kedua & ketiga ni lah mommies kena concern lebih bab pemakanan sebab anak di dalam kandungan akan gunakan bekalan zat besi yang diperlukan sebelum anda mendapatnya.

Apapun… ALLAH berkuasa diatas sesuatu…. kerja kita.. buat yg baik baik… insyaAllah Allah bg yg terbaik. POSITIF!

Copyright @Nazira Nazir buat 9bulan10hari saja! Tak dibenarkan copy paste!

Sumber rujukan : Doktor Rasina Nilofer (editor 9bulan10hari), Website Kementerian Kesihatan Malaysia, Rehealthify & Babycenter.
Picture credit : abortionno.org

Peringatan : Ini adalah ilmu mengenai HB Low untuk beri kesedaran kepada anda & kita semua. Katakan anda mengalami kes serious, sila merujuk dengan pakar. 9bulan10hari sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.