Bantulah Isteri Isi Minyak Kereta, Bantu Kerja Rumah, Bantu Dengar Luahan Hatinya & Bukan Dengan Sakiti Hatinya.

Penulisan dari Ustaz Ebit Lew….

Sebak rasa nak menangis….

Tadi saya nak isi minyak kereta isteri saya. Ada kereta sebelah saya juga nak isi minyak. Pemandunya seorang wanita bawa 5 orang anaknya kecil-kecil lagi. Sedang melintas untuk ke kaunter dalam. 2 anak kecilnya bergaduh dan menangis. Bila masuk ke dalam. Seorang lari ke luar. Saya tolong kejar kerana ada kereta macam tak perasan anak kecil tu. Saya terus pergi ke wanita tadi. Saya tolong layan anak kecilnya..

Mukanya nampak pening, penat, panik dan sedih. Nampak penat. Saya tolong bawa anaknya ke keretanya. Saya kata takper saya tolong isi minyak. Akak duduk dalam kereta takper. Saya tahu wajah begitu. Wanita juga manusia. Perlu rehat. Ya Allah..

Teringat isteri di rumah

Sambil isi minyak. Teringat bidadari saya di rumah. Selalu saya tolong isikan minyak kereta saat ada di rumah. Diam-diam saya bawa keluar waktu Subuh atau tengah malam isikan minyak. Tapi kadang-kadang saya pun takde di rumah. Ya Allah..

Saja tak bagitahu.

Esok mesti dapat mesej. Terima kaseh abang tolong isikan minyak penuh.

Saya reply. Terima kaseh tolong jaga anak. Terima kaseh jaga abang dengan baik. Terima kaseh sayang abang. Terima kaseh mandikan anak-anak masa abang takde di rumah. Terima kaseh basuh baju abang. Terima kaseh masakkan untuk abang. Terima kaseh semuanya sayang..

Sebak dapat terima kaseh. Cuma satu yang saya buat. Isteri kita di rumah buat semua. Tapi ada orang lupa cakap terima kaseh pada isterinya..pada orang yang tersayang..

Tak terbayang betapa kuat dan tabahnya seorang isteri. Bawa 5 orang anak isi minyak kereta.

Buat diriku dan para suami lihatlah isterimu. Bantulah isi minyak. Bantu kerja rumah sikit-sikit. Bantu dengar luahan hati mereka. Bantu doakan mereka Allah beri kekuatan dan ketabahan. Bantu surprise kan mereka dengan kebaikan. Bukan dengan benda bukan-bukan dengan sakiti mereka. Curang pada mereka..jangan suka marah-marah pada isteri dan anak-anak.

Lepas isi minyak. Kakak tu terus pergi. Tak cakap terima kaseh. Saya faham pening urus anak-anak. Merengek dan menangis. Pernah ada wanita masuk kereta saya bawa anak-anak. Terkejut dia salah kereta.

Ya Allah mudahkanlah buat wanita ini. Mudahkanlah bidadariku. Mudahkanlah semua wanita di luar sana. Bahagiakanlah mereka. Ya Allah sampaikan doaku buat mak tercinta. Ya Allah semua kebaikan yang kau terima dari majlis keluargasunnah ini saya hadiahkan buat mak ayah yang saya cintai – Ebit lew

Tulisan dari ustaz Ebit Lew tak pernah mengecewakan apatah lagi bila mendengar ceramahnya.

Good news untuk adik adik berusia 9-17 tahun, pendaftaran Program Kembara Iman Dan Solat kini dibuka. Daftar sebelum 31 Oktober untuk promosi pelancaran. Daftar di http://bit.ly/prokids2017 atau Whatsapp di wasap.my/60173666848

Ini adalah beberapa gambar sekitar proram keluarga sunnah yang dikendalikan Ustaz Ebit Lew… sebak tengok.

Semoga kalian & kita semua terus dilimpahkan kasih sayang & rezeki berpanjangan. aamiin….

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.