Rumahtangga Retak Gara Gara Bagi Ruang Orang Cakap Buruk Pasal Isteri!

Assalamualaikum 9bulan10hari.

Saya nak sangat bagitahu kisah saya supaya suami & isteri terus kuat perjuangkan rumahtangga & kalau ada orang ketiga menyibuk tolonglah HALAU!

Betul sis, bukan nak kurang ajar dengan sedara. Tapi kalau sedaralah punca rumahtangga retak…. saya rasa sepatutnya ada 2 cara:
1. Sama ada halau mereka keluar dari rumah kita. Atau,
2. Kita yang keluar & jauhkan diri dari mereka.

Kisahnya, seawal kahwin mak mertua saya sibuk tanya jadual period saya, siap dia yang tanda tanda waktu period saya.

Bila setiap kali dah nak due period dia cakap “jangan bagi period, bagi mengandung!”

Amboi… bertambah stress…. kita bukan ALLAH nak tentukan.

6 bulan saya merana dengan mertua saya sebab period ni…

Asal saya period dia cakap “kau tu gemuk! sebab tu tak mengandung! lemak banyak sangat!”

Sedih & rasa merana hidup dengan mertua.

Alhamdulillah bulan ke 7 kahwin, saya mengandung. Mertua cakap bagus.

Suami saya dapat tawaran ke Johor. Saya & suami pindah sana. Syukur sangat sangat.

Yang saya jadi sedih bila keluarga mertua yang duduk Melaka ni kerap pulak datang rumah kami.

Dahlah datang, dia tegur semua benda yang saya buat.

Mertua, abang ipar & kakak ipar cakap cara saya kemas rumah salah, masak tak sedap, tak pandai jaga suami, muka dah nampak tua.

Abang ipar saya memang bodoh tahap dewa!!! eeee… geramnyaaaa!!! Walaupun dia dah tua, tapi dialah punca rumahtangga kami retak!  Memang bodoh bodoh bodoh sangat sangat sangat!!!!

Bayangkan sis…. saya ok ja dengan keluarga mertua, tiba tiba bila abang ipar mangkuk saya buka mulut, semua orang ikut cakap dia.

Yang menyampahnya dengan “king kong” ni.. sebab dia akan bawa suami saya masuk bilik lain dengan ayah & mak diorang ni & bincang pasal kekurangan saya!

YA!!! BINCANG PASAL KEKURANGAN SAYA!

Lepas habis meeting mangkuk tu….. si abang ipar yang bongok ni pun akan datang bagitahu… :

“kau ni teruk bertul perangai… kemas pun tak pandai… kesian adik aku”
“Mak cakap kau masak tak sedap… kau tak kesian ke laki kau tu”
“Mak & ayah cakap kau tak pandai urus keluarga, kau ni teruk”

eeeeeeee……. kalaulah boleh, rasa nak sepak sepak ja muka abang ipar saya ni!

Bini dia tu teruk lagi tau sis! Dahlah sehari tak mandi pun abnag ipar ngok saya ni puji je wangi!!!

Tengah tengah mengandung & pindah rumah lain ni saya ingat best tapi tak.

Abang ipar & kakak ipar saya yang belagak bagus ni sekali lagi buat hal… minta suami saya ceraikan saya sebab diorang kata ada orang kaya nakkan suami saya. Cerah masa depan suami saya diorang kata.

Sejujurnya, suami saya hampir dengar kata kata diorng sebab diorng tu memang jahat!

Mertua saya cakap kalau suami saya ada dengan saya lagi dia taknak mengaku anak! Ha sudah….

Memang bergolak lah rumahtangga saya sis…

Saya tengah mengandung & saya sayangkan suami dalam masa yang sama diganggu orang luar. Pedih hati ni sis.

Saya bertambah kuat & lebih bersabar bila baca buku 9bulan10hari sis. Kata kata dalam buku sis buat saya rasa “ya… saya perlu pertahankan rumahtangga saya ini & bukan minta cerai hanya sebab perkara perkara ini yang disebabkan orang lain”

So kami pun ke Jabatan Agama Islam untuk bercakap pasal ni… ALLAH softnya nasihat ustaz… sampai suami saya mula pertahankan saya & dia mula kuat.

Suami bagitau ustaz Hamidi yang mertua saya cakap sayalah perempuan mengada ngada.

Jawapan ustaz : Tanggungjawab membahagiakan isteri adalah suami. Tanggungjawab pertahankan isteri adalah suami tambah tambah isteri anak yatim piatu. Jangan biarkan sesiapapun mengganggu hubungan termasuk ibu ayah sendiri.

Suami bagitau abang ipar & kakak ipar selalu masuk campur.

Jawapan ustaz : Mereka siapa.. isteri kamu siapa?? Sanggupkah tengok isteri menangis.. sedih ketika mengandung pulak tu hanya disebabkan mulut mulut mereka yang berniat nak menjatuhkan keluarga kamu?

Jadi apa patut kami buat ustaz? (suami):

Berbahagialah dengan isteri. Sayangilah rumahtangga & isteri sebaiknya. Dalam masa yang sama jangan lupa syurga tuan (ibu). Boleh nak dengar ibu berkata kata, tapi pertahankanlah isteri dalam cara yang baik. Jangan diam terus bila ibu atau sesiapa cakap buruk pasal isteri. Nanti lagi menjadi jadi. Sepatutnya bila abang tuan cakap buruk pasal isteri tuan, tuan patut bangun dan jauhkan diri darinya. Bukannya duduk & angguk saja.

Lega kami sis…. gembira rasa lepas jumpa ustaz. Nasihat nasihat ustaz sampai sekarang saya pegang & bahagia rasa.

Abang ipar & kakak ipar ni kalau datang ketut ketuk pintu rumah tu kami diam saja bawah selimut sambil gelak gelak…..

Bila diorang call kami cakap kami kat luar…

Pastu suami saya akan cakap

“abang sayangkan sayang…. abang taknak dah dengar mulut mulut jahat”

Syukur Ya ALLAH…… Buat suami isteri di luar sana.. pertahankanlah rumahtangga kita….

Kata penulis :

Semoga Adik & suami happy dunia akhirat ya sayang.

Sebenarnya kan, memang ada ‘makhluk makhluk’ yang suka sibuk sibuk dengan rumahtangga orang.

Rasa nak cili cili ja kan mulut diorng ni… ada kes tu datang rumah orang pastu cakap “awak ni buncit ek” depan semua orang pada tuan rumah…

Agak agaklah kan… apa perasaan tuan rumah tu…

Sebelum bercakap fikir perasaan orang lain dulu. Jangan redah & sakiti hati sesiapa.

Jangan nampak bodoh sebab perkataan yang kita ucapkan.

Dan percaya atau tidak, disebabkan mulut jugalah life seseorang tu akan jadi tak best. kifarah itu ada.

Semoga setiap pasangan suami isteri terus dilimpahkan kasih sayang berterusan. Jangan bagi chance pada orang luar!

Ini adalah ceramah dari Ustaz Kazim Elias tentang Punca Rumahtangga Tak Romantik.

 

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.