Kontroversi! Doktor Moden & Bidan Kampung ‘BERGADUH’ Kerana 2 Pandangan Berbeza??

Hehe… sebenarnya doktor & bidan tak adalah bergaduh apapun…. bergaduh mulut tu pun sikit sikit saja…. cuma bila pendapat berbeza, macam macam penulisan kita akan jumpa di media sosial yang pertahankan ilmu masing masing.

Membuatkan masyarakat confused.

Baik, dalam gambar yang tersenyum manis tu adalah Prof Imelda, Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ada sebab kenapa saya letak gambar doktor famous ni kat situ… hehe

Dalam few weeks ni, popular sungguh kisah DOKTOR BERI AMARAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN KAMPUNG SEBAB ATURAN PANTANG & HAL HAL MELIBATKAN MISS V.

Peringatan :

Sebelum baca penulisan ni saya nak ingatkan... manusia ni, even suami isteri yang tidur sebantal pun tidak akan sama pemikiran.. apatah lagi 2 kaedah perubatan yang berbeza…. cara dulu & cara sekarang/moden & tradisional….

Saya nak ingatkan juga... kalau tak ada yang dulu… tak adalah yang sekarang.

Saya nak ingatkan lagi, hormatilah adat, pegangan, amalan, tradisi kaum/bangsa/orang kampung/orang bandar atau sesiapa saja.

Saya nak ingatkan, kalau kita berniat nak sampaikan ilmu, sampaikanlah dengan cara profesional.. dan janganlah menyindir nyindir mana mana pihak seolah olah perubatan cara kita nilah the best… padahal kita ni pun tak betul….

Perubatan moden & amalan perubatan kampung yang berbeza

Baik, kisahnya begini….

Antara doktor yang tengah top sekarang ni yang mempertahankan fakta fakta perubatan moden adalah Doktor Imelda Balchin..

Saya kagum dengan kesungguhan Dr Imelda & doktor doktor lain menyampaikan maklumat mengikut apa yang dipelajarinya.. namun dalam masa yang sama beliau & doktor doktor lain bukan saja dihentam pengamal pengamal perubatan tradisional malah bidan bidan kampung Melayu lama juga kurang senang dengan doktor Imelda & pakar pakar O&G lain….

Saya hubungi 2 orang bidan kampung Melayu Lama yang masing masing berusia 80 tahun(johor) & 70 tahun(kedah)…

Jawapan mereka…

“Doktor pun mai mintak tok urut, bertungku & rawat depa. Siap puji & kata perubatan moden pun tak boleh bagi sembuh cantik macam cara kampung kita ni”

“Doktor yang bagitahu isteri 8 tahun kahwin tak boleh mengandung pun boleh mengandung selepas diurut bidan kampung & atas izin ALLAH…”

Sejujurnya, saya percaya dengan bidan bidan kampung Melayu lama yang punya sejarah perbidanan secara keturunan & belajar cara yang betul. Yang saya tak percaya adalah mereka yang tidak punya ilmu yang menggunakan status bidan untuk melariskan servis & produk SAHAJA!.

Kerana nila setitik habis susu sebelanga!

Mungkin doktor doktor tak pernah jumpa pengamal perbidanan Melayu lama yang genuine. Mereka terlalu lain. Ada benda yang doktor tak boleh buat, mereka mampu selesaikan dengan mudahnya.

Walaupun pengamal Perbidanan Melayu lama (orang orang dulu) tak belajar ilmu perubatan, tapi mereka tahu membetulkan bayi yang songsang yang sebenarnya seorang doktor pun perlu lalui beberapa prosedur untuk kes sebegini.

Kena ingat juga!!! Zaman Rasululah dulu tak ada pun bidan (wanita yang melahirkan bayi) ni pakar O&G.

Ini yang kita kata ANUGERAH DARI ALLAH.. Siapa kita nak menafikannya??

Setakat ni, bidan bidan yang saya jumpa bukan bidan yang menjual produk! tapi bidan yang nak memulihkan keadaan badan kita untuk jadi lebih baik.

Sebabtu saya & ramai wanita yang kecewa bila tumbuhnya PENJUAL PRODUK YANG BERPAKSI AJARAN ‘CEPAT KAYA’ BERBANDING NIAT MEMBERI MANFAAT KEPADA IBU BERPANTANG.

Saya percaya doktor Imelda dan semua doktor di luar sana bising kerana mereka mungkin berdepan banyak kes melibatkan rapat, sendat & ketat ni. Kononnya takut suami lari, so belilah produk ntah apa apa. Finally ibu ibu yang sakit.

Pandangan Dr Imelda tentang berpantang selepas bersalin.. adakah ia wajib?

Bagi Dr Imelda,

“tempoh 40-hari berpantang itu ialah satu kemewahan untuk orang-orang yang berada. Bukan semua orang berkehidupan mewah.”

Menurut beliau, apa yang perlu dijaga selepas bersalin ialah :

  • Sokongan emosi dari ahli keluarga.
  • Minum air secukupnya (3 litre sehari)
  • Buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.KLIK untuk dengar nasihat penuhnya.

Sebenarnya doktor sayang kita, sebab tu dia bagi nasihat supaya kita tak buat benda pelik.

Perbezaan pendapat Perbidanan Melayu Lama & Pakar Perubatan Moden :

Bidan kampung suruh pantang untuk pulih badan, TAPI doktor moden kata pakej berpantang ni untuk orang orang berada.

Bidan kampung suruh bertungku untuk kecutkan rahim TAPI doktor moden kata tak tungku pun tak apa rehat dah cukup.

Bidan kampung suruh buat rendaman faraj sebab nak mencuci faraj, TAPI doktor kata jangan hilangkan PH sedia ada pada faraj.

Bidan kampung suruh urut badan untuk bagi ibu rasa tenang & selesa TAPI doktor suruh bersenam untuk nampak bertenaga.

Bidan kampung suruh jangan makan makanan sejuk TAPI doktor kata makan apa saja, tambah tenaga nak menyusu tu.

Bidan kampung suruh jgn minum byk air takut luka lambat sembuh, TAPI doktor suruh minum banyak air sebab takut dehydrate.

Beza kan pendapat ni?

Ni baru sikit…

Pandangan Doktor yang mungkin tidak boleh diterima sesetengah badan (selepas bersalin). Lihat video di bawah tentang bahaya minum air berlebihan.

Sometimes ada pendapat yang susah juga saya nak terima… Ada doktor yang pernah pesan pada saya

“Nazira tak perlu pantang pun, nak makan apa makanlah, nak minum ais pun minumlah, orang orang dulu cakap urat kembang tu tak betul pun, tidur je dalam aircond, kesian anak kalau berpanas… minum saja air 8 gelas sehari… nak minum lebih pun boleh”…

Maaf doktor, nasihat dari doktor ini saya hargai sangat tapi saya tak mampu ikut.

Rakan baik saya sendiri alami seram sejuk & bentan lepas minum air sejuk(ais) & tidur dalam aircond.

Mungkin lain badan lain kesannya. Tapi banyak kes macam ni terjadi bila melanggar pantang amalan kampung. Ini antaranya, kisah AKIBAT PERCAYA DENGAN NASIHAT “PANTANG UNTUK ORANG KAMPUNG JE” IBU INI BENTAN.

& TAHUKAH ANDA, sebenarnya meminum air dengan jumlah yang biasa biasa ni tak bahaya pun berbanding jika minum berlebihan ia BOLEH MEMBAWA MAUT!!

Tengok penjelasan dari “ADAM RUINS EVERYTHING” why to dont need 8 glass of water a day….

Adab Warisan Melayu Lama Sudah Cantik, namun ia dicemari dengan adat adat dan amalan tambahan yang merosakkan kesihatan.

Saya percaya, yang doktor ‘marah marah’ dengan pengamal perubatan kampung ni sebab mencampuradukkan amalan Melayu lama dengan buat business sehingga memudaratkan kesihatan ibu.

Saya pun marah bila penjual penjual jamu yang gunakan status bidan jual produk macam ni…

“Akak masa cuci tu masukkan sikit ya pencuci sampai kena mulut rahim tu…. biar bersih terus”
“Kalau nak sendat ketat & padat sampai suami tak cari lain, masukkan krim ni”
“Kalau nak badan cantik kena minum herba ni campur ini, ini  ini…”

Bila doktor menulis

ALHAMDULILLAH…… nasiblah muncul doktor doktor macam ULTRAMAN yang datang membuka mata ramai wanita ni… Thank You Doktor Doktor sekalian!

TAHNIAH DOKTOR IMELDA & DOKTOR DOKTOR O&G YANG SUDI MENULIS WALAUPUN SIBUK MERAWAT PESAKIT….

Ini antara perkongsian Doktor Imelda Balchin tentang pentingnya penjagaan emosi & fizikal ketika tempoh berpantang Klik linik ini >>>> Kadar kematian ibu Melayu disebabkan Pulmonary Embolisme Paling Tinggi.

Kalau anda baca penulisan Doktor Imelda, anda akan dapat rasa macam mak mak kita dok marah… hihi… tapi apa yang doktor sampaikan tu adalah fakta perubatan yang kita perlu ambil tahu….ini  antaranya. Topik : KEPUTIHAN…

 

Silalah ke FB page doktor Imelda kalau nak baca fakta fakta perubatan.

Buat semua doktor di Malaysia…. Ini adalah antara pesanan (yang saya ingat) dari wanita yang TERPAKSA PERCAYA DENGAN PENJUAL JAMU/PRODUK BERBANDING DOKTOR, ada sebab kenapa mereka mudah terpengaruh :

1. Bila jumpa doktor, doktor tak friendly. Cakap pun macam taknak pandang muka. Tanya tanya tulis & cakap habis. Keadaan tu membuatkan mereka lebih suka berbual dengan penjual jamu yang lebih friendly & membantu.

2. Bila jumpa doktor bagitahu masalah, doktor kata datang minggu depan. Sedangkan masa pregnant darah ketul ketul dah keluar tapi dalam masa sama dapat rasa bayi bergerak. Sebab tu mereka tanya dalam group fb terus. Dapat jawapan pun cepat.

3. Bila jumpa doktor minta explain pasal penyakit yang dilalui, doktor tak explain bagi faham, membuatkan ibu ibu ni akan menggoogle. Tapi kat luar doktor pulak salahkan ibu yang asyik google je.

4. Bila jumpa doktor cakap nak buat checkup rahim sebab rasa tak selesa di bahagian peranakan tu tapi upt -ve, doktor marah ibu tu balik sebab apa & nak buat apa. Ibu terus terdiam.

5. Bila jumpa doktor, doktor seolah olah bz, pesakit nak cakap pun doktor taknak layan, tapi dengan staff boleh berbual pasal ‘nak hantar anak ke sekolah’ & ‘nasi lemak berapa ringgit’.

*Apapun….. tidak semua doktor yang punya personality & cara yang sama.

KESIMPULAN DARI SAYA (penulis buku 9bulan10hari) :

1. Doktor adalah ‘malaikat bertopengkan manusia’ yang datang selamatkan kita. Hormatilah nasihat mereka.

2. Doktor korbankan masa & life mereka datang bantu kita. Sometimes doktor penat, baru sampai rumah tetiba dapat call dari hospital suruh datang cepat sebab emergency. Kalau doktor tak senyum & tak layan tu anggaplah doktor penat. Dia pun manusia.

3. BERPANTANGLAH…. tak kira nak ikut adat Melayu, Cina, India atau Guatemala.. tapi carilah Bidan/CL yang betul betul punya ilmu & bukannya paksa anda beli jamu & barulah berpantang.

4. Ada doktor yang memang berpantang & mengikut pantang cara Melayu lama, berbincanglah dengan doktor doktor ini jika anda juga merancang untuk berpantang cara kampung yang betul.

5. Sebenarnya, ada penjual jamu yang BETUL. Biarpun mereka jual jamu, tapi jamu mereka tu sangatlah membantu & bagus ketika berpantang berbanding kalau suami yang kena cari sendiri daun pisang kelat, daun inai, daun chapa & 7 daun lain lagi. Cumanya anda carilah penjual jamu yang betul. Baca testimoni dulu. Selidik dulu. Tanya kawan kawan.

6. Jangan sesekali sakiti hati sesiapa dengan ayat  “ala… dia nak duit lah tu.. sebab tu dia suruh kita makan jamu itu & ini”. Sesungguhnya jamu sangatlah bagus untuk badan wanita. Bab duit…. rezeki semua tu ketentuan ALLAH… kalau nak cakap pasal duit, doktor pun menulis blog juga… doktor pun menulis buku juga.. sebab apa menulis blog & buku? sebab nak duit juga kan? . So bab bab keuntungan & duit ni letak no 2…. tak payahlah nak fikir pasal rezeki orang! 1st fikir pasal pemulihan badan ketika berpantang. Tu lagi penting!

Semoga setiap wanita yang nak berpantang dapat bidan/ CL yang bagus. Kalau nak lagi extreme ambil Chinese Confinament Lady…. maka berpanaslah ibu ibu di dalam bilik sampai peluh keluar berpanjangan. hehe.

Ni lah bidan saya, yang tak pernah ajar saya masukkan benda benda pelik dalam faraj, yang tak pernah saya paksa beli itu & ini (bidan saya tak jual apa pun… dia petik belakang rumah & bagi saja daun herba untuk ibu ibu).

Dialah yang datang rumah, yang rebus air mandi, yang mandikan anak saya, yang urut & tungku saya sampai badan rasa lega & susu pun melimpah. Sebab tulah saya galakkan semua wanita berpantang dengan bidan/CL yang betul. Bayaran untuk nenek saya ni RM 30-50. Tu pun nenek kata banyak.

Pantang
Sakit ooo urut camni, tapi sedap yang amat… ringan badan.. tidoq pun lena..  hihi

Saya percaya, kalau doktor Imelda & doktor doktor pakar lain berjumpa tok puan & bidan bidan kampung yang betul insyaALLAH doktor akan peluk mereka & minta mereka tungku & urutkan doktor juga. Sebab? Kerana ‘sentuhan’ mereka luar biasa, terlalu baik & sentiasa mendoakan kebaikan kita…

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tidak dibenarkan copy paste mana mana ayat kecuali mendapat izin penulis buku 9bulan10hari Nazira Nazir.

Leave a Reply

Your email address will not be published.