Dan Lagi! – Akibat Ikut Nasihat “Pantang Bersalin Untuk Orang Dulu Saja” Rahim Ibu Ini Tersembur Keluar.

Habis orang putih tak pantang ok je…..

Siapa cakap orang putih pantang ok je? Pernah dengar prolapse? prolapse tu rahim jatuh…yang menjadi perkara biasa bagi orang orang putih yang tak jaga pantang di luar sana…

Di Australia, siap ada hotline number lagi untuk ibu ibu yang prolapse ni, sebab keadaan ni dah biasa di sana & sebenarnya menyakitkanlah bila setiap kali rahim tersembur keluar tu kena masukkan balik…!

Maybe ada some pakar perubatan punya pendirian mereka… itu terpulang kepada mereka. No Comment!

Tapi… bagi yang sayang & sukakan adat perbidanan melayu lama, saya akan sangat sangat sarankan setiap ibu selepas bersalin berpantang elok elok. Berpantang bukannya 45 hari saja, tapi jaga pemakanan sampai dah ada cucu cicit.

Bukan orang melayu kita saja, malah orang Cina & India pun sangat tegas dengan menjaga pantang ni.

Sejujurnya walaupun saya ni ala ala moden… tapi bab berpantang saya tetap jaga. Sebab dah tengok depan mata rahim terkeluar & dimasukkan balik. Kesian kakak tu menjerit jerit. Nauzubillah…

Baik, buat semua ibu hamil yang bakal melahirkan anak, ini soalan & jawapan mengenai tombong.Alert jika bimbang kehilangan rahim selamanya.

Apa sebenarnya prolapse/ rahim jatuh / tombong ni?
Ia adalah keadaan bila rahim & servik alami kejatuhan & turun ke vagina disebabkan ligamen dan tisu yang menyokong sistem peranakan jadi lemah.

Prolapse


Apakah tanda tanda rahim / peranakan jatuh?

  • Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
  • Ketulan pada faraj
  • Sukar buang air kecil / besar
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sakit belakang
  •  Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
  • Pendarahan faraj selepas menopaus
  • Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal

 Apa yang menyebabkan peranakan jatuh?

  • Langgar pantang, makan makanan sejuk & ikut selera.
  • Angkat benda berat & ibu jari terlanggar sesuatu..
  • Sembelit ketika tempoh berpantang.

Apa yang perlu dilakukan ketika berpantang?

  • Jangan lakukan perkara perkara berat.
  • Jangan angkat berat.
  • Elakkan stress.
  • Fikir perkara perkara baik.
  • Jangan mencangkung terlalu lama ketika membuang.
  • Jangan duduk bersila.

    Bagaimana nak mencegah dari peranakan jatuh?

  • Elakkan berdiri terlalu lama. Sekiranya terpaksa, pastikan anda selang dengan duduk seketika dan kembali bekerja.
  • Lakukan senaman pelvik.
  • Amalkan makanan berkhasiat & minum banyak air bagi mengelakkan sembelit kronik.
  • Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit.
  • Memakai bengkung atau korset walaupun sebelum kahwin. Namun, elakkan memakainya terlalu ketat.
  • Rancang kehamilan dengan elakkan mengandung secara kerap & rapat.

Make sure ketika berpantang, mommy dijaga oleh seseorang.

Rahim
Senaman menaikkan rahim

 

Dalam kebanyakan adat, mandikan anak pun tak dibenarkan dilakukan ibu berpantang. Kerja ibu yang sedang berpantang ni hanya rehat, makan, menyusu… dan kembali rehat makan & menyusu.

Like share & tag agar setiap wanita dijauhkan dari prolapse ini!

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!

Leave a Reply

Your email address will not be published.