Ibu Hamil, Ambil Tahu Pergerakan Bayi Di Dalam Kandungan. Ia Penting.

Bermula dari jam (contoh 9 pagi – 9 malam), kira pergerakan janin anda sehingga sampai 10 kali.

Sila catatkan masa setelah genap 10 kali pergerakan SETIAP HARI.

PERHATIAN!!
Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan dalam masa 12 jam SEGERA KE HOSPITAL.

Mommy akan jumpa ayat ini di bahagian CARTA PERGERAKAN JANIN dalam buku merah yang mommy dapat di klinik kesihatan (kerajaan) ketika disahkan hamil. Jika mommy ke klinik swasta… mommy akan dapat juga buku REKOD KESIHATAN IBU ini.

 

Penting ke kira pergerakan anak dalam perut?

Ada some mommy yang tak tahu mengenai tick ini langsung pun & ada sebab kenapa doktor sound mommy.

Ketahuilah, bayi yang sihat adalah bayi yang aktif. Disebabkan tu mommy perlu ambil tahu
petunjuk bayi mommy di dalam kandungan.

Usually ‘1st kick’ anak dapat dirasai sekitar minggu ke 16 atau 17, namun if mommy pernah hamil sebelum ni, pergerakan anak maybe dirasai lebih awal lagi.

Pada awalnya, mommy akan merasa pergerakan seperti rama rama berterbangan di dalam perut. Namun, lama kelamaan mommy akan muda rasa pergerakan seperti gulingan, tendangan dan tumbukan.

 

Ketahuilah bahawa :

  • Anak di dalam kandungan kebiasaannya akan tidur 4 jam & kembali aktif selepas tempoh itu.
  • Dalam tempoh 12 jam (9pagi-9malam), mommy sepatutnya merasa 10 kali pergerakan anak. (katakan lebih, shud be no problem).
  • Waktu terbaik untuk merasai keindahan pergerakan bayi ialah dengan berbaring.
  • Mommy perlu mula mengira pergerakan anak di dalam kandungan pada minggu ke 28 sehinggalah bersalin.Situasi :
    Katakan anak di dalam kandungan bergerak setiap 4 jam… namun tiba tiba dia tak bergerak… mommy perlu menunggu lagi 2 jam dan rasa sama ada ada pergerakan atau tidak. Katakan anak mommy tak bergerak dalam tempoh tu, maka mommy perlu segera ke klinik.

    Kalau anak tiba tiba kurang gerak, apa perlu mommy lakukan? :

  • Sentuh perut & panggil anak mommy, cakap dengannya, mengaji Quran.
  • Buat bising, misalnya hempas pintu dengan kuat.
  • Tidur mengiring sama ada kanan atau kiri.
  • Ketika lapar bayi mommy lebih aktif berbanding selepas makan.
  • Goyangkan perut atau tekan tekan sikit sambil panggil panggil anak.

Ada kes kematian anak dalam kandungan disebabkan ibu tidak alert dengan pergerakan. Anak dah membuang & telan najisnya sendiri. Nauzubillah…

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.