10 Tips Penjagaan Mahkota Wanita Untuk Kekal Sihat, Cantik, Bersih & Wangi.

Cuba tengok gambar ni dulu :

wanita

Inilah dia keadaan dinding faraj kita bila dijangkiti kuman…. & 75% wanita alami masalah mahkota wanita sebab tak tahu cara yang betul nak bersihkannya… Puncanya.. KEPUTIHAN!

Agak agak gatal tak? Bagi wanita yang alami masalah ni, even pelajar sekolah menengah pun, mereka akan rasa terlalu pedih sampaikan letak vicks di bahagian sulit sebab terlalu gatal.

Bila cakap mengenai ini…. ada wanita yang akan follow perubatan moden & ada wanita yang amalkan cara perubatan kampung.. namun ketahuilah kedua jenis rawatan ini, adalah bagus.

 

Bagi pengamal perubatan kampung, keputihan ni terjadi disebabkan :

  • Wanita kerap minum air sejuk.
  • Kerap makan kobis
  • Tak membuang air besar setiap hari (Kalau kita(wanita) membuang setiap hari & segala toksik dapat dikeluarkan… masalah keputihan ni takkan ada/kurang)
  • Makan makanan berminyak & pedas secara kerap.
  • Tidak meruang selepas bersama & setiap hari.

Eh, boleh ke meruang? Bukan ke ada doktor cakap meruang ni boleh bagi jangkitan kuman pada faraj.

Topik MERUANG ni saya kena jelaskan panjang sikit… hehe

Ketahuilah, banyak pendapat & pandangan perubatan moden & perubatan tradisional ni sentiasa bercanggah disebabkan ilmu & amalan mereka berbeza…

Tapi bagi yang sudah biasa mengamalkan rawatan cara kampung & tahu kelebihannya, mereka akan sangat percaya bahawa meruang ni sangat bagus.

Simple…

Doktor perubatan moden tak bersetuju dengan meruang sebab takut kena infection.
Doktor perubatan moden tak bersetuju dengan amalan berpantang cara kampung sebab bagi mereka senaman, rehat & makan secukupnya sudah cukup.
Doktor perubatan moden tak bersetuju dengan amalan angkat kaki & berzikir selepas bersama dengan niat peroleh zuriat kerana bagi mereka tiada kajian saintifik membuktikannya….

Berbeza dengan,

Bidan kampung suruh meruang sebab nak bantu keluarkan segala keputihan, air mani, darah haid & discharge yang keluar dari rahim yang tak keluar.
Bidan kampung suruh bertungku, mandi herba, mengurut dan banyak lagi sebab inilah amalan tradisioanal yang buatkan mereka nampak bertenaga sampai ke tua.
Bidan kampung suruh angkat kaki lepas bersama dan berzikir sebab mereka nak ikhtiar cara hamil & mohon pada ALLAH supaya mudahkan proses untuk hamil.

Nampak kan 2 pandangan yang berbeza….

Pun begitu…. ada doktor yang lahir di kampung & berpantang cara kampung, maka mereka juga suka dengan amalan amalan tradisional.

Conclusionnya….. since kita semua adalah manusia…. walaupun kita belajar kaedah perubatan yang sama… namun amalan & keinginan kita mungkin tak sama.

Personally, saya meruang. Even beberapa orang doktor yang saya kenal juga meruang disebabkan ia sudah jadi amalan bagi wanita dalam keluarganya.

Namun, ketahuilah… apa yang disarankan doktor adalah daripada beribu malah berjuta kes yang mereka pernah lihat. Sebab tu doktor tak bagi kita meruang.

Terpulang kepada anda nak ikut cara mana.

Kepada yang ingin tahu mengenai ilmu meruang boleh baca Meruang – Amalan perbidanan Melayu Lama yang semakin dilupakan. 

Anda juga boleh baca pandangan Dr. Imelda Balchin, pakar O&G Universiti Malaya Medical Centre mengenai kaedah meruang yang jadi isu baru baru ini. Terpulang kepada anda untuk buat pilihan nak ikut amalan yang mana satu.

Baik, bagi wanita yang alami gatal gatal pada faraj, harini free tak? If ya, tolong buat tips no 9 & 10 dan amalkan semua tips ini…. InsyaALLAH ia akan sgt membantu….

 

Ini 10 tips penjagaan mahkota kita agar miss V kita tak jadi macam gambar ni…..

 

wanita
Nampak kan infection yang menempel di celah celah tu….

1. Elakkan guna sabun mandian untuk mencuci bahagian sulit kerana ia boleh menyebabkan masalah kering & dehidrasi. Gunakan pencuci wanita yang khusus.

 

2. Sebenarnya tuala wanita & panty liner tidak bagus untuk wanita. Ada kajian menunjukkan bahawa panty liner & tuala wanita ini mempengaruhi kesuburan seseorang wanita walaupun hanya dengan peratusan yang sangat sedikit. Sebaiknya pakai kain yang mudah serap menggantikan pad pad ini. Lepas guna, make sure cuci sebaiknya & jemur. Katakan terpaksa juga guna pad, make sure tukar setiap kali ke toilet. Kegatalan pada miss v banyak juga terjadi kepada wanita yang pakai pada yang sama dari pagi sampailah petang sebab katanya pad tak penuh lagi… nak jimat… aduhh…. boleh pulak macam tu….

 

3. Elakkan menjirus air direct ke dalam faraj kerana ia menyebabkan penyingkiran bakteria penting di bahagian ini. Sebenarnya ketika bahagian sulit kita ni sering gatal disebabkan kulat kulat jahat, namun ALLAH juga sudah letakkan bakteria baik di bahagian sulit kita ni (Lactobacillus).

 

4. Make sure tukar underwear setiap kali selepas mandi. Ni kisah benar, masa saya di asrama dulu, saya sangat perasan seorang kawan saya ni pakai underwear yang sama sampai 3 hari…. bila tanya tak geli ka, dia siap cium cium cakap wangi ja…. uwaaa… jangan ikut perangai tu ya sayang sayang sekalian…

wanita
Credit : Getty images

 

5. Katakan anda berdepan masalah keputihan melampau… silalah jumpa doctor.

 

6. Jgn sesekali berkongsi alat pencukur dengan sesiapa saja kerana ia boleh menyebabkan penyakit seperti Hepatitis B.

“ala… takpe je…. kami kan suami isteri… takde masalah pun nak kongsi kongsi… sharing is caring”…

haa… toksah buat perangai tu ya… satgi dok sharing penyakit & wad pulak… nauzubillah…

7. Cuci & meruang bahagian intim sebelum & selepas bersama suami. (kecuali jika anda berniat untuk merancang kehamilan). Meruanglah atas tujuan membersihkan faraj & bukan saja saja. Cuci tangan sebersihnya.
8. Elakkan guna tisu & tisu basah untuk mencuci dari hadas kecil & besar kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Cucilah najis sebersihnya.
9. Sebenarnya ada banyak petua untuk menjaga bahagian sulit ini antaranya merendam faraj & bertangas... katakan tak sempat cukuplah sekadar mencuci alat sulit ini dengan air sedikit panas yang dicampur dengan segenggam garam bukit. Percayalah.. lepas mencuci miss V macam ni…. cik v ni akan rasa best saja.. tak gatal dah – Lakukan sekurang kurangkan 2 kali seminggu atau setiap kali rasa gatal & pedih..
10. Asingkan pakaian dalam dari cuci bersama pakaian lain apatah lagi kain sembahyang…. Bagi aktiviti mingguan…. kumpulkan semua pakaian dalam walaupun dah dicuci & cuci semuanya sekali lagi dengan tangan menggunakan sedikit sabun….. bilas…. & rendam bersama air panas & segenggam garam… biar dalam sejam…. & boleh bilas sebersihnya pakaian dalam ini.

 

wanita
Inilah dia mulut rahim yang dipenuhi keputihan. Jagalah sebaiknya pemakanan & kebersihan mahkota kita ini ya sis… semoga ALLAH jauhkan setiap wanita dari sebarang kesakitan & kepayahan. aamiin…

Like share & tag ramai wanita agar sentiasa ceria bersama mahkota yang sihat & bersih.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.