Meruang – Amalan Perbidanan Melayu Lama Yang Semakin Dilupakan.

“Assalamualaikum sis. Umur saya 27 tahun… dah 4 tahun lebih kahwin. Semalam saya pegilah buat Ujian Pap Smear… nurse tegur… dia cakap “dalam tak bersih ni dik… kena meruang.. sebab takut dapat jangkitan kuman… rahim pun boleh kena buang kalau kuman merebak”… cuak saya & 1st time jugaklah dengar pasal meruang….

Patutlah selama ni walaupun saya cuci bersih dah miss v… tapi underwear saya berbau.. miss V gatal… memang tu sebabnya ka sis? Satu lagi…. macam mana nak meruang ni sis? sakit tak? keliru…… ”
.
.
.
Normal & tak normal… sebenarnya bukan adik saja… tapi ramai lagi wanita yang tak tahu pasal ni.

Setiap wanita sangat perlu ambil berat pasal ni…. Actually bukan setakat meruang saja… tapi kita perlu buat rendaman faraj, bercebuk, bertangas, & menyuci underwear kita dengan air garam. Byk kan? Tapi percayalah… kalau kita concern pasal ni….. cik V wangi ja sepanjang masa.

Harini saya explain mengenai MERUANG dulu……

Bila bercakap pasal part 2 sulit ni ramai yang akan tolak ketepi… sebab? malu…. “i punya ok je”… “husband bagi A ok”…

Tapi tahu tak apa yang tengah jadi kat dalam tu? macam mana rupanya?

Ramai mommy akan rasa bahagian sulit dah bersih bila guna pencuci miss v… tapi still berbau… dari mana datangnya bau tu?

Dari kemaluan kita lah…

 


Kenapa perlu meruang ni?:

  • Mengelakkan faraj berbau yang tak menyenangkan akibat darah nifas, haid & selepas bersama suami. 
  • Bersihkan dinding faraj supaya segala najis2 besar tu tak melekat terus di bahagian faraj & rahim & mencegah masalah keputihan.
  • Mencegah penyakit kelamin. 

    meruang
    Keputihan yang menampal di dinding faraj. Sebab tu orang orang dulu suruh meruang.

Memantapkan rahim selepas melahirkan anak.

Selain tu dengan meruang ia mengelakkan mahkota wanita dari terus berbau selain memantapkan kenikmatan bersama.

Ketika meruang, katakan anda terasa dinding faraj menggerutu, itu bermakna faraj anda berada dalam keadaan mantap! congratulations…

Jika faraj anda terasa longgar, tidak menggerutu sebaliknya berlecak maknanya faraj anda tak rapi.

Dengan meruang, anda boleh tahu anda sudah suci dari hadas besar atau tidak untuk beribadah. Sebaiknya, guna kapas, masukkan sedikit ke dalam faraj & tengok masih ada kesan darah atau tidak.

Kalau masih ada lagi darah di ruang faraj selepas meruang, ini bermakna anda masih tak boleh solat.

Amalkan meruang ini setiap kali selepas bersama dan sehari sekali, pastikan cucinya dengan pencuci yang betul.


meruang
Macam mana nak meruang?

Lakukan aktiviti meruang ini seorang diri di dalam toilet ya.

1. Duduk di atas toilet bowl

2. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

3. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah

 


Caranya?


1. Bersihkan jari dengan pencuci sebersih bersihnya.

2. Tarik nafas. Bagi yang dah berkahwin, masukkan jari sehingga ke ruas 3 . Bagi anak dara memadai sehingga ruas 1 saja.

3. Korek dicelah-celah dinding dalam faraj. Anda akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa air mani.

Pun begitu…. ada pengamal perubatan moden yang melarang untuk lakukan meruang sebab bimbang dijangkiti kuman jika tersalah cara. Betullah tu apa yang doktor moden kata sebab mereka dah terima banyak kes melibatkan wanita yang dijangkiti kuman di bahagian sulit.

Macam saya kata, pastikan tangan anda bersih sebelum meruang.

Bagi pengamal perubatan tradisional… mereka sangat galakkan..

Apapun.. terpulang kepada pegangan masing masing… tiada paksaan & tiada halangan.

COPYRIGHT @Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.