Resepi Ikan Masak Asam Buat Suami Isteri Yang Ingin Terus Nampak Sihat & Muda Dari Usia.

Bila cakap pasal nak nampak muda dari usia…. pernah tak terfikir amalan amalan yang orang orang kampung buat untuk sentiasa sihat?

perasan tak macam mana orang orang kampung makan?

Sangatlah simple namun sangatlah sihat…

Nasi putih, ikan bakar, ulam ulaman & sambal untuk menambah selera… atau ikan masak asam berlada yang terkandung pelbagai khasiat untuk badan… ALLAH… dengan menu ni saja ia sangat boleh buatkan mereka bertenaga & aktif sepanjang hari….

Berbanding dengan orang orang bandar… yang makan nasi berlauk siap campur lauk laut & darat.. last last mengantuk & tidur lepas makan. huhu

Sebenarnya amalan amalan orang orang kampung ni sangatlah bagus sampaikan bidan saya yang usianya 83 tahun ni, nampak lagi bertenaga dari kita kita ni…

isteri
Nilah bidan saya… Yang tudung pink… Kalau baca buku 9bulan10hari, anda akan nampak pesanan pesanan tok Puan untuk ibu selepas bersalin berpantang dengan baik. Semoga Tok puan dipanjangankan usia dengan kesihatan yang baik. aamiin….

Sebabnya? amalan mereka… dan resepi ini dijadikan lauk seawal berpantang lagi….

So ni adalah makanan pantang sedap yang membuatkan ramai ibu berpantang ni tambah berpinggan pinggan menikmati rasa pedas… masam dan manis isi ikan.. paling penting cikB bengkak susu & anak pun terlentang kekenyangan….

Bahan Bahan Ikan Tenggiri Masak Asam Berlada :

  • Ikan tenggiri – Milk booster
  • Bawang putih – Milk booster…
  • Halia – Membuang angin dalam badan
  • Bawang Merah
  • Asam
  • Lada Hitam – Memulihkan luka & penyembuhan rahim..

Caranya :

isteri
Goreng separuh masak ikan yang digaul dengan kunyit dan sedikit garam.

 

isteri
Angkat… dan dalam kuali yang sama masukkan bawang merah, bawang putih & halia yang dihiris halus

 

isteri
Dah keluar bau best tu masukkan sedikit air asam… so that lauk ni berkuah skit…

 

isteri
Kacau kacau & masukkan ikan… taburkan sedikit black paper… secubit garam…

 

Gaul dan angkat. Siap!

 

Ingat...jangan letak terlalu banyak lada, ia akan beri kesan kat anak nanti masa maknya menyusu.

Apapun… bahan bahan masakan makanan berpantang ni biarlah berpada pada… jangan terlebih & jangan terkurang.

Cuba hidang lauk ni dengan nasi putih panas yang lembik sikit… fuh… bukan saja kita… suami & anak anak pun akan tambah berpinggan.

 

Ini hanya 1 daripada menu berpantang yang boleh dimakan suami & anak anak juga, ada banyak lagi menu yang anda boleh pelbagaikan,,,

Pastikan anda ( suami isteri) menjadikan amalan berpantang selepas pantang ini…. so that anda semua dapat menikmati life nampak muda dan sihat dari usia…

Have fun!

Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.