Setiap Minit, Seorang Wanita Disahkan Menghidap Kanser Serviks. Tolonglah Buat Ujian Pap Smear.

#kisahbenar MAIN ACI SEMBUNYI DENGAN DOCTOR… hehe

Salam 9bulan10hari… tak tahu nak mula dari mana cerita ni..  bila ingat rasa kelakar… apapun.. tolonglah rahsiakan identiti saya…

Alkisahnya bulan May aritu kan sis ada share pasal Pap Smear… saya memang tak tahu pasal tu… walaupun dah 2 orang anak ni…. maybe terlepas pandang….

Lepas sis ceritakan A-Z kenapa kena buat pap smear semua ni… saya pun pergilah klinik…

Mak aiiiii…. sebijik rupa muncung itik! masa nurse suruh buka kaki tu….. saya rasa nak termuntah sebab takut… saya cakap yang saya taknak teruskan.. pastu nurse dah macam siap siap pasang apatah saya nampak panjang panjang… pastu apa lagi.. bertambah cuaklah…

Demi Allah tak terlintas nak tolak nurse… saya tertolak nurse dengan kaki saya ni sampai nurse hampir jatuh pastu saya lari masuk toilet…

Ada seorang nurse tu cuba tenangkan saya pun saya jerit taknak…. saya sembunyi dalam toilet… saya dengar suara nurse panggil panggil saya.. saya diam ja kat situ…

Dekat 20 minit camtu.. saya keluar ikut bilik sebelah makmal tu… nasib diorang tak nampak…

Sebab tu lepas kejadian tu saya call sis… bila sis explain semua… saya cuba beranikan diri… & alangkah terkejutnya bila tak sakit pun pap smear… doktor siap cakap ‘pandai awak jaga’ … memanglah rasa ngilu… tapi result pap smear tu yang penting untuk tahu status kesihatan rahim saya ni..

Doktor cakap saya bukan kes pertama yang sembunyi & larikan diri ni… hehe… ada juga kes mommy menangis nangis masa nak masukkan muncung itik tu… siap cakap “kalau doctor buat saya bagitahu suami”…

Hehe… memang lawak… tapi tulah.. kesian doktor.. diorang punyalah nak tolong kita….

Tq sis… Tq ibu ibu di 9bulan10hari… Byk kekuatan saya belajar disini…

Kepada yang tak buat lagi ujian pap smear ni… tolonglah buat… tak sakit pun.. rasa geli geli ja… hihi

 

Kata penulis : 

Haha…. ni antara kes yang buat saya ketawa manjang bila consult….

Cerita atas cerita pun mommy ni takut… suara dia cam stress ja… hehe…

Baik… ni SOALAN & JAWAPAN UJIAN PAP SMEAR. KENAPA IA WAJIB BUAT KITA (wanita) yang setiap wanita perlu ambil tahu…
Kita nak guna rahim lama.. jaga ia elok elok.

Setiap minit… seorang wanita disahkan menghidap kanser serviks (kanser pangkal rahim)! iaitu pembunuh kedua tertinggi bagi wanita selepas kanser payudara.

Fakta.. sebenarnya ramai wanita yang takkan buat ujian ni sebab kita kena buka & tunjukkan miss V pada doctor or nurse…. tapi ketahuilah… disebabkan kita malu malu & malu ni…… finally kita yang tanggung sakit..

Disebabkan tak ambil peduli pasal ni jugaklah…. ramai wanita di luar sana bukan saja dibuang rahimnya dan tak boleh pregnant, bahkan disebabkan lambat mengesan kanser ini ia boleh menyebabkan kematian.

 

Puncanya?

Kanser ini boleh terjadi kepada mana mana wanita disebabkan jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika melakukan hubungan seks.

Sebenarnya, kanser serviks ni sangat boleh dicegah dengan ujian pap smear. Ramai wanita mengelak untuk buat ujian ni sebab malu!

Sedarlah…. disebabkan rasa tak ambil berat kita terhadap kesihatan rahim dan diri, finally anak anak yang jadi mangsa… anak anak yang terpaksa tanggung rindu yang amat dengan ibunya sebab ibunya dah tak ada.

Percaya atau tak, disebabkan ujian pap smear ni jugaklah berjuta nyawa dah berjaya diselamatkan….
Ujian pap smear ni tak lama pun, 5 minit saja… mungkin sedikit ngilu tapi tak menyakitkan… Let me share apa yang akan terjadi ketika melakukan ujian pap smear….
✔ Doktor akan minta anda baring diatas katil sambil membengkokkan lutut. (macam position bersalin normal).
✔ Den spekulum, macam muncung itik lebih kurang 4 inci akan dimasukkan dalam vagina untuk bantunya terbuka.
✔ Spatula kayu akan dimasukkan untuk ambil SAMPEL SEL DARI SERVIK.

Dah siap… tak sampai 5 minit kan???? Tengok tu…. doktor dah sangat nak bantu… tapi tula…. kadang ramai yang segan tu yang jadi punca macam macam.

So sample tu akan dicalit di atas slaid kaca dan di hantar ke makmal untuk diperiksa ahli patalogi. Keputusan akan dapat dalam masa seminggu atau lebih lama bergantung kepada beban kerja makmal atau klinik tersebut.

Usually jururawat akan call anda kalau ujian tak normal untuk buat semula ujian & berunding dengan doktor.

Tak perlu segan sebenarnya.. tu memang kerja doktor… tiap hari memang ‘benda tu’ yang doktor mengadap! =P dia tak pi cerita kat orang pasal ‘keadaan’ miss v anda kat orang pun.. so tak payah risau.

Di mana boleh jalani ujian pap smear?

Klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik yang menawarkan ujian pap smear.

Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan wanita yang merokok.

Dianggarkan empat daripada lima wanita yang aktif seks dijangkiti dengan HPV sepanjang hidup mereka. Besar kan angka tu? so make sure anda betul betul kena concern pasal ni.

 

Siapa yang patut lakukan ujian pap smear?

Jika anda pernah atau aktif dalam hubungan seks, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun. Sekiranya keputusan tu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap tiga tahun sekali.

& Wanita berusia 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun wajib buat ujian pap smear ni.

pap smear
Inilah alat (muncung itik) yang digunakan dalam ujian pap smear

Make sure sebelum buat ujian pap smear follow tips ni :

✔ Jangan sapu sebarang ubat atau cream di bahagian faraj at least sehari sebelum ujian pap smear.
✔ Paling sesuai ujian ni dilakukan pada hari ke7 hingga ke10 haid.
✔ Anda tak digalakkan lakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana boleh menyebabkan keputusan tak tepat.
✔ Elakkan menggunakan jelly lubricant 2 hari sebelum ujian dijalankan.

Kesihatan rahim adalah amanah dari ALLAH untuk kita jaganya. Make sure anda, ibu, kakak, adik dan saudara perempuan & rakan anda alert mengenai ini.

Banyak kes disebabkan KELALAIAN ibu ambil tahu pasal kesihatan rahim, anak yang terpaksa menanggung siksa menumpang kasih dari orang lain. Kasihanilah anak anak anda dan masa depannya.

Saya doakan yang baik2 untuk semua wanita. Tolonglah ambil tahu… rahim adalah amanah dari ALLAH buat kita. Jagalah dia sebaiknya….

Like & share info ini agar kita dapat membantu ramai wanita di luar sana.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.