Kelar Tangan Anak Kerana Tertekan Dengan Sikap Suami Pemalas!

Assalamualaikum kak…. Saya Nur Aliya.

Bukan niat nak memburukkan suami. Tapi saya betul betul perlukan kekuatan buat masa ni.

5 tahun berkahwin, tapi semua kerja rumah saya yang uruskan sendiri.

Suami saya kadang tak kerja, dia buat kerja upah bawa lori. Bila tak ada kerja, dia balik rumah & tido saja.

Bila saya minta tolong dia akan cakap saya mengada ngada.

Dari bangunkan anak, mandikan, siapkan breakfast, masak lunch, ajar anak anak baca buku, dan jam pun pukul 2 petang… ketika tu pun… suami saya masih atas katil, solat subuh setiap hari dia tinggal…. zohor memang “tak sempat” katanya sebab dia akan mandi dekat sejam… turun mintak saya hidang makanan & makan lepas tu naik baik & tengok tv sampailah maghrib.

Hanya ALLAH yang tahu betapa tertekannya perasaan saya.

Nafkah keluarga saya yang cari. Saya jual barang online.. pakaian kanak kanak. Sebulan dalam RM3000 boleh dapat. Cukup untuk tampung makan minum kami sekeluarga. Tapi yang sedihnya, kadang bila nak ke pejabat pos saya minta suami jagakan ank kejap pun dia takkan jaga, dia suruh saya bawak sekali anak anak walaupun sekarang saya sarat mengandung anak ke3.

Saya cuba kuat… tapi saya teralu lemah….

Banyak kali saya cuba slow talk dengan suami… “janganlah macam ni… kita kena berubah kalau kita nak berjaya…”  last last saya kena marah balik….

dia kata jangan sibuk menasihat…

Saya bukan saja tak diberi nafkah zahir malah bila saya dekati suami untuk bersama, dia akan cakap dia tak ada mood dengan saya & sibuk main game bola.

Hati saya… perasaan saya…bercelaru sangat.

Kadang saya nampak pisau tu macam memanggil manggil saya saja untuk tikam diri & semua…

Tapi saya cuba sabar…

Kalau nak cakap dia suka pada perempuan lain memang tak.. sebab dia selalu di rumah….

Mungkin disebabkan saya menjaga solat 5 waktu & mengaji…. saya dapat bertahan selama 5 tahun ni….

Walaupun saya penat dan suami duduk saja… saya juga yang terpaksa bangun mandikan anak…

Walaupun saya tengah muntah muntah dan suami tengok tv saja… tapi saya juga kena bangun dan masak….

Walaupun saya terlalu sakit pinggang dan suami baring layan game bola… tapi saya juga yang tetap kena sapu & mop 1 rumah…..

Walaupun saya termengah mengah dan suami saya tak buat apa….  tapi saya juga yang mengajar anak anak solat dan mengaji….. 

Sakit hati saya bila fikir kenapa suami saya tak faham apa yang saya lalui ni…..

Haritu anak pertama & kedua saya bergaduh teruk. Masa tu saya baru keluar toilet sebab muntah2 & kepada terlalu berat… Walaupun si abang ni pukul adik sampai menangis tapi suami saya diam & biarkan saja….

Dia tak pandang sikit pun… tapi melayan game bola dia.

Saya yang baru sampai ke ruang tamu dengan penat & terlalu stress marah suami kenapa tak ambil peduli dengan anak anak?

Terus dia bangun marah saya balik….  kemudian tampar saya……

“kau ni tau bising ja….. serabut lah!”

ALLAH….

Masa tu hanya ALLAH yang tahu perasaan ni.. dengan bunyi bising anak menangis… dengan pekikan suara suami yang menguji kesabaran saya, saya terus ambil pisau & kelar tangan anak saya……..

Tertekan…. terlalu tertekan…….

Anak saya menangis… suami saya keluar dari rumah…

Saya yang terlalu tertekan cuba juga peluk anak anak walaupun lemah…

ALLAH ALLAH ALLAH….

Ujian apakah ini?

Apa yang saya dah buat…..?

Kenapa suami saya begitu keras hatinya sampai sanggup biar kami macam ni……………..

Teresak esak anak saya…. lengannya berdarah…. cepat cepat saya bawa ke klinik…

Tak putus mulut saya minta maaf pada anak saya…

Walaupun anak saya sakit & dia menangis tapi dia usap air mata saya….

Mungkin anak anak saya faham penderitaan saya….

Saya ceritakan semua dengan doktor. Nasiblah doktor faham keadaan saya… dia nasihatkan saya sebaiknya.

 

Doktor kata, kebanyakan kes mencederakan anak adalah berpunca dari tekanan masalah rumahtangga.

 

Maafkan ibu Ammar.. Maafkan ibu Azim… Ibu betul bertul terlalu tertekan dengan ayah…..

Walaupun saya kuat.. tapi saya rasa terlalu tertekan sebab suami buat saya macam ni…

Saya bincang kes ni dengan ustaz di Jais… Dia nasihatkan saya untuk bawa suami sekali supaya dapat baginya nasihat. Malangnya suami saya taknak ikut sekali.

Ustaz nasihatkan saya untuk tinggal dengan ibu di kampung, sebab bila dengan suami, saya akan lebih tertekan & boleh mencederakan anak anak.

Saya cuba kuat walaupun saya lemah. Bairpun kekuatan perempuan ini luar biasa dan boleh hidup tanpa suami, tapi saya tetap perlukan ayah buat anak anak saya.

Tolong doakan saya ya semua…. saya terlalu lemah.

.

.

Kata Penulis.

Assalamualaikum Nur…  Dalam keadaan ni… Nur perlukan someone yang boleh peluk erat Nur dengan lama… Kalau Nur ada di kampung, peluk ibu Nur seeratnya… menangis di bahunya.. & luahkan segala perasaan pada ibu agar kurang beban Nur…. kesian anak dalam kandungan… nanti dia yang terbawa bawa dengan emosi ibunya.

Daripada kes yang kami terima, lebih 80% isteri yang makan hati dengan suami.

Sebabnya suami tak faham kepayahan yang dilalui isteri.

Memang susah kalau kita nak fahamkan pasangan ni, sebab naluri kita tak sama.

Dari apa yang Nur cerita, ada perkara asas yang perlu suami Nur repair terlebih dahulu…..

iaitu…. SOLAT 5 WAKTU……

suami

Banyak kes yang kami terima melibatkan suami tak menjaga solat.

Kalau isteri saja yang menjaga solat, tapi suami tak…. nescaya isi rumah pun akan tampak kekurangannya.

Dalam kes ni, suami Nur nampak malas & terlalu malas.

Betullah nasihat ustaz, sebaiknya Nur berehat di rumah ibu. Tenangkan fikiran & banyakkan berdoa agar suami terbuka hati dan kembali ke jalan yang benar.

Rumahtangga memang ada up & down… tapi bila Nur diperlakukan macam ni, Nur juga berhak untuk buat keputusan demi anak anak & anak yang bakal lahir ini.

Saya doakan ALLAH mudahkan semua urusan Nur.. kuatkan Nur, dilimpahkan rezeki buat business pakaian kanak kanak yang Nur usahakan, & suami Nur kembali kepada Nur dalam keadaan yang Nur inginkan dengan cepatnya.

Jaga diri ya sayang. ALLAH ada…. minta padanya.

Katakan melarat juga…. tolonglah berjumpa dengan ustaz di Jais sekali lagi, ceritakan padanya & insyaALLAH dia akan beri solution yang terbaik bagi kes Nur ini.
.
.

Jenayah aniaya isteri

Dalam kes ini, Nur juga ditampar suami…

Ketahuilah….. setiap hari ada sahaja kes keganasan atau penderaan terhadap isteri. Ada isteri yang dipukul, diterajang, dicurah asid, ditumbuk dan sebagainya. Itu adalah penderaan fizikal. Penderaan emosi juga tidak kurang, malah ada isteri yang terlalu tertekan sehingga dia hilang pertimbangan dan membuat perkara di luar kewarasan.

Sama juga macam Nur… bila Nur terlalu tertekan.. Nur buat sesuatu di luar batasan Nur.

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang ada di semua negeri, adalah menjadi satu kesalahan jika mendera isteri. Ini diperuntukan oleh seksyen 128 (1): “Seorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. (2) Mahkamah boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu.”

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam tidak mentakrif perbuatan aniaya seperti Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mentafsir penderaan isteri, namun maksudnya adalah sama. Dalam kedua-dua undang-undang, keperluan utama ialah membuat laporan polis jika berlaku penganiayaan atau penderaan..

.

.

Nasihat buat para suami

Isteri adalah amanah ALLAH buat anda, jagalah biadadari anda sebaiknya.

Ketahuilah, seseungguhnya seorang wanita itu punya kekuatan luar biasa dan mampu hidup bersendirian, namun dia tinggalkan segala life indahnya, bentuk tubuhnya yang cantik, kehidupannya yang ceria & bebas demi manjadi isteri & ibu buat anak anak anda. Hargailah mereka.

suami
Hargailah….

 

COPYRIGHT@nazira nazir buat 9bulan10hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.