Ayah… Tolong Selamatkan Ibu & Saya…

Nak pertahankan tempoh menyusu memang tak mudah…

Kadang, seorang isteri pun tak mampu nak pertahankan hak anak disebabkan orang sekeliling…

Sebab tu seorang suami pun perlu ada imu penyusuan….

Tak mudah seorang ibu meneruskan tempoh penyusuan 2 tahun…

Ini kisahbenar yang ibu ayah perlu alert.

 

“Abang, cepatlah ambik sayaaaa. Saya nak balik rumah kitaaa…..”

Assalamualaikum puan dan pembaca 9bulan10hari.

Saya baru melahirkan anak dan sedang berpantang di rumah mertua. Mula-mula saya risau juga hendak berpantang dengan mertua kerana ramai kawan bagitau tak selesa bila berpantang di rumah mertua. Tapi, alhamdulillah, mertua jaga saya dengan baik dan saya pun selesa berpantang di rumah mertua.

 

Cuma yang saya risau sekarang ni bila mertua saya bagi anak saya minum air kosong masa selepas baru lahir seminggu.

 

Seriously saya tak tahu pasal apa yang boleh bagi & apa yang tak pada infant. Saya betul betul ingat mertua lagi tahu & biarkan saja. Sehinggalah saya baca posting pemberian air kosong kepada bayi berusia bawah 6 bulan di page ini, saya jadi risau. Gundah gulana hati saya dibuatnya, maklumlah anak sulung.

Baru-baru ini anak saya semakin kuat menyusu. Alhamdulillah, susu badan banyak dan mencukupi buat anak, kadang-kadang sehingga menitik-nitik kalau anak lambat menyusu. Bila anak kuat menyusu, mak mertua sarankan saya bagi susu formula kepada anak. Niat hati sangat nak fully breastfeeding sampai umur anak 6 bulan, tapi nampaknya niat tu telah terkubur.

Saya rasa sedih sangat bila mak mertua suapkan susu formula pada anak. Sehari boleh dikatakan 3 atau 4 kali juga mak mertua bancuhkan susu untuk anak. Saya rasa sedih sebab susu badan saya sedia ada tapi telah digantikan dengan yang lain. Lainlah kalau susu badan saya tak ada atau tak mencukupi buat anak.

Saya rasa belum cukup puas untuk menyusukan anak. Anak saya tak sampai 20 hari pun lagi. Kalau sebelum ni anak akan kerap terjaga daripada tidur untuk menyusu susu ibu , sekarang anak tidur lebih lama selepas diberi susu formula.

 

Saya rindu nak berjaga pukul 2, 3 pagi untuk menyusukan anak. Saya rindu sangat. Saya rasa ‘bonding’ ibu dan anak semakin kurang apabila anak mula minum susu formula.

 

Serba salah saya kak… Bila saya bagitau jangan bagi air masak mertua saya cakap tak payah risau sebab orang orang lain minum susu

Abangggg…. Cepatlah bawa saya balik rumah kita….

#9bulan10hari

Allah. kesian mommy ni. Sy dapat bayangkan perasaan mommy ni sekarang.

Yes, some mommies memang jenis yang tak membantah cakap mertua sebab rasa mertua lebih arif dari kita. Bila ditegur, mertua akan keluarkan fakta berkaitan.

Apapun… bawa bersabar dan jangan terlalu beremosi kerana mommy masih lagi dalam proses berpantang.

Paling mudah, mommy bincang dengan suami, insyaALLAH suami boleh ‘slow talk’ dengan mertua. Kadang bila menantu bagitau mertua susah nak ikut. Kalau anak insyaALLAH…

Kenapa orang orang dulu galakkan bagi air suam kepada bayi?
Mereka sangat merasakan susu ibu saja tak mampu menampung kehausan bayi, sedangkan 80% kandungan susu ibu ialah air.

Baik, menurut World Health Organisation (WHO), bayi berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara eksklusif. Menyusu secara eksklusif bermaksud bayi tidak diberi sebarang makanan atau minuman tambahan.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menegaskan pemberian minuman tambahan seperti air kosong adalah tidak perlu sama sekali kepada bayi berumur 6 bulan dan ke bawah.

Ada beberapa sebab mommy tak dibenarkan memberi air kosong kepada bayi. Antaranya, penyusuan terganggu, pengeluaran susu ibu berkurangan dan bayi terdedah kepada risiko pelbagai penyakit. (boleh rujuk semula posting https://www.9bulan10hari.com/2017/08/06/saya-nak-susu-ibu-dan-bukan-air/)

Dalam kes mommy ni, mommy gagal membuat penyusuan secara eksklusif kerana bayi telah diberi air kosong dan susu formula. Pun begitu, mommy hadkanlah pemberian susu formula, dan berikan lebih susu ibu memandangkan susu mommy sedia untuk bayi dan bagi mengelakkan pengeluaran susu mommy berkurangan.

Ibu

 

 

Baik, apa sebenarnya keburukan susu formula kepada bayi? Maaf mommy, bukan berniat untuk menakut-nakutkan mommy, tapi ini fakta yang harus mommy ambil tahu. Daddy pun patut tahu tentang ni.

1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema, demam)

2. Kesihatan ibu terjejas – berisiko mendapat kanser payudara dan ovari

3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan

4. Jika susu dicairkan, boleh menyebabkan kekurangan zat makanan

5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang

6. Mudah tercemar

7. Kegemukan

8. Mudah mendapat cirit birit

 

Apa-apapun, jika memilih susu formula, pastikan mommy beri susu yang sesuai dengan usia bayi. Mommy juga harus pastikan bancuhan susu dibuat mengikut panduan yang diberi dan yang paling penting jagalah kebersihan botol susu agar bayi terhindar daripada penyakit yang tidak diingini.

9bulan10hari doakan agar semua ibu diberi kesempatan dan kekuatan untuk menyusukan bayi sehingga bayi berumur 2 tahun dan jika tidak, menyusukanlah sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Sumber : Pusat Maklumat Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya & 9bulan10hari.

Copyright @NaziraNazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.