Raya Haji Nak Dekat Dah, Tolong Jaga Pantang Larang Ini Ketika Beraya!

“Assalamualaikum Kak… saya pernah msg akak pasal makcik call tanya dah mengandung ka belum sebelum raya aidilfitri haritu kan….. 2 hari lepas dia call lagi.. dia marah saya kenapa tak mengandung lagi… ¬†saya cakaplah belum ada rezeki lagi… terus dia cakap…

“kau tak habis habis bagi alasan sama…. kau tahu tak sepupu semua nak lahir anak lagi?”

Sebak sangat saya ni kak. Menangis siang malam Tak pernah saya dapat meraya dengan happy. Sedih sangat kak.. Saya dan suami saya seronok sangat nak balik beraya, bila orang tanya macam ni, kami jadi terlalu sedih. Tolong doakan kami ya kak.

.
Semoga adik & semua pasangan suami isteri dapat beraya tanpa soalan soalan dari ‘makcik makcik bawang’… aamiin….

PANTANG LARANG KETIKA BERAYA – Jangan sebut perkara ini!!!

1. Jangan sesekali sentuh perut isteri isteri yang dah kahwin & siap tanya “tak berisi lagi ke…” “Kenapa lambat sangat ni” & sebagainya. Takut nanti bila terkena dengan anak cucu sendiri…. Kifarah itu ada… careful!

2. Jangan sesekali sentuh topik KAYA.. MISKIN… MENGANDUNG KE TIDAK… ANAK RAMAI KE TAK.… datang beraya dengan niat2 nak minta maaf… bukannya nak sibuk2 hal rumahtangga orang lain ya!.

3. Jangan sesekali datang makan pastu nak bungkus2 ketupat rendang lemang bagai den bawak balik…. makanan atas meja yang terhidang tu tuan rumah masak untuk ramai tetamu & keluarga dan bukannya untuk tapau balik!

4. Jangan sesekali mengarah tuan rumah nak itu & ini.. makan saja apa yang ada.

5. Kalau tengah demam ka… selsema ka.. elakkan berkunjung ke sana sini. Ni tak.. ada yang selsema siap salam peluk & cium pipi 3 kali….. jangan ya… takut berjangkit dengan semua. Kesian mereka yg balik nk beraya.

6. Jangan duduk melepak lama kat rumah tuan rumah, sebab diorng nak layan ramai lagi tetamu.

7. Jangan kutuk, mengata & cakap2 buruk mengenai hiasan rumah & rasa makanan di rumah tuan rumah. kalau tak suka… diam, senyum, salam & balik!.

8. Jangan sesekali tanya banyak soalan & bagi syarahan kepada sesiapapun.… ada kes2 tetamu yang datang bagi ceramah pasal rumahtangga lah…. pasal mengandung lah…. padahal mood masa tu nak beraya. Jangan spoil mood org yang happy2 nak beraya ya…

9. Jangan berbincang pulak pasal brand2 & harga2 baju raya kat situ…. cukuplah sekadar bercakap baik2… & tak perlu banding2 apa saja.

10. Jangan memandai mandai suap makanan kepada baby or anak sesiapa pun… minta izin maknya dulu… tak pasal pasal kena sound. Ingat! ibu2 yang ada anak anak kecil ni garang dia lain macam… jeng jeng jeng….

11. Make sure jaga mulut… Jangan tanya “eh.. anak awak pakai pampers lagi ek.. anak 9 bulan dah pandai g toilet basuh poopoo sendiri…”melaupau… agak2la… hishh…

12. Jangan nak compare perkembangan anak dengan anak2 lain. Sebab? Dah datang beraya elok happykan hati semua…. yang kedua… setiap baik tak sama perkembangannya… ketiga… takut terkena dengan anak cucu sendiri nanti.

13. Jangan sesekali cakap bayi ni kuruslah.… tak comel lah… gelap lah… kalau rasa berani silakan buat…!

Raya
Tolong jangan buat perangai ni. Some ibu hamil tak suka orang menjadikan perutnya sebagai bahan bualan. Elakkan cakap perkara perkara pelik dengan ibu hamil!

.

Walaupun tengah bz masak.. kemas rumah & melayan tetamu… make sure mommy & daddy yang ada anak kecil ikut tips dari #9bulan10hari ni..
1. Bagi anak makan & minum air kosong dengan banyaknya.

2. Make sure anak cukup rehat supaya sistem imunitinya tak terganggu selain spoilkan mood raya moomy & daddy.

3. Elakkan anak mommy mendekati mereka yang punya gejala penyakit berjangkit.

4. Make sure anak makan makanan yang bersih & selamat.

5. Katakan anak mommy dah terkena demam & selsema… make sure mommy cepat2 bg ubat atau jauhkan anak2 daripada kanak kanak lain takut menjangkiti mereka.

6. Bagi mommy yang pakaikan barang kemas untuk anak anak.. make sure perhatikannya selalu.

 

Like, share & tag supaya tak ada lah mereka mereka yang spoilkan mood raya nanti…
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!

Leave a Reply

Your email address will not be published.