Sebab Inilah Darah Haid & Nifas Perlu Dibersihkan Dulu Dari Pad!

“Ala… kan dah ada sanitary pad dustbin, kenapa nak basuh basuh lagi darah haid tu… bukannya ada orang nak ambil”.

Ada di antara wanita yang tak pernah basuh pad sebab katanya “ini pad pakai buang, so lepas pakai buang lah… ini bukan pada pakai basuh..”

Nah, ini antara cerita kenapa setiap wanita perlu ambil kisah mengenai discharge yang keluar melalui faraj ni….

#kisahbenar… darah itu keluar dari rahim wanita kemudian melalui faraj & akhirnya diratah ‘dia’..

“Setiap hari masa bungkus plastik yang penuh pad dalam tong sanitary tu… bau dia tersangat busuk… ada yang penuh pad & berketul ketul.. ada sekali tu dalam pukul 10.10 malam saya dengaq bunyi bising dalam bilik ayaq tu… bila bukak tengok… ada 2 pad yang penuh darah haid kat lantai.. macam ada orang keluaqkan…. meremang saya masa tu…. balik pun tak boleh nak tidoq sebab fikir macam macam… “

Ini pengakuan dari Aini… seorang cleaner di Langkawi buat #9bulan10hari

 

“Kami jadi cleaner ni pun kadang tak sangka orang Islam kita pun biaq pad lagu tu… takkan depa tak tau ‘benda tu’ suka darah?

Dulu tok saya pun cerita… ada sorang perempuan ni dia buang pad dia dalam tong sampah… pastu keluaq sat nak ambil pad baru.. masa dia masuk bilik ayaq tu semula.. dia tengok ada sorang perempuan tua makan makan pad dia yang penuh darah haid tu… lepas dia cerita kejadian tu kat mak dia… 3 hari dia demam panas.. pastu meninggal….Tolonglah basuh pad”

Menurut Aini…. sepanjang dia buat kerja cuci tandas.. kerja yang dia paling seram nak buat adalah bungkus tong sanitary kerana dia sangat percaya ‘banyak yang berkumpul’ di situ….

Seram bila bercakap dengan Aini….. tapi saya tak nafikan kebenarannya sebab dalam Quran pun dah diterangkan….

Surah Az-Zukhruf Ayat 62

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Darah
Bayangkan kalau pad penuh darah  haid kita dibuang disini & anjing membawa pad tersebut ke sana sini. Apa pandangan orang terhadap kaum wanita? jijik kan? & apa pulak pandangan makluk makluk halus?? Mesti rasa berselera nak menjamah darah haid & nifas kita tu kan? Fikirkanlah…

 

“Saya pernah tegur seorang adik yang buang pad penuh darah ni… supaya basuh elok2 pad tu baru buang… pastu dia marah saya balik & cakap saya kolot”

Dalam Quran dah diterangkan yg syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. Ya… walaupun kita tak nampak tapi dia memang ada.

Disebabkan ramai tak tahu pantang larang ni lah… finally jadi macam macam benda pelik.

Cuba fikir…
Kenapa ibu yang berpantang tak boleh keluar rumah?
Sebab darah nifasnya sangat disukai makhluk halus…

Cuba fikir…
Kenapa kita tak boleh mandi tanpa seurat benang?
Sebab ‘dia & sekutunya’ mengintai kita…. & kalau dia dah jatuh hati tu boleh bawa sampai ke bilik….

Cuba fikir …
Kenapa anak anak kecil kena azan & iqamat sesudah lahir?
Sebab ada syaitan – Ummu Sibyan yang tunggu untuk sesatkannya….

Cuba fikir….
Kenapa uri perlu ditanam dengan mengikut cara Islam?
Sebab uri tu keluar dari faraj seorang wanita… yang punya bau hanyir yang sangat2 disukai makhluk halus…. sebab tu kena hilangkan baunya & tanam sedalamnya….

Kalau ikutkan logik, sanitary pad dustbin tu dah disediakan untuk buang pad yang punya darah & sepatutnya dibuang di situlah… tapi percaya atau tak, wanita wanita bukan Islam pun sudah mula alert tentang bahayanya biarkan darah kita merata rata. Now, diorang lagi alert mengenai kebersihan pad sebelum dibuang.

Banyak kes yang saya terima di #9bulan10hari berpunca dari kecuaian… & disebabkan kecuaian tulah ramai yang menyesal….

Buat semua wanita… basuhlah pad/kain yang terkena darah haid/nifas ni secuci cucinya dengan menggunakan sabun sehingga hilang bau… kemudian balutlah dengan kertas surat khabar & masukkan dalam plastik kemudian baru buang.

Darah
Ini cara yang betul membuang pad. Bersihkan darah dari pad dengan mencucinya & letakkan sabun untuk hilangkan bau, balut begini & buang.

 

Rahim… faraj… semua tu ‘barang’ kita yang nak guna lama… uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya….

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!

Leave a Reply

Your email address will not be published.