10 Perkara Comel Isteri Masa Pregnant Yang Buat Suami ‘Geram’

#kisahbenar comel ibu hamil yang ramai tak tahu. hihi…

Assalamualaikum¬†#9bulan10hari. Saya Aizad. Orang orang mengandung memang macam ni ke? Memang nampak comel… tapi rasa geram pun ada. hehe

Isteri saya ni memang jenis yang jiwa kental… dengar lagu pun lagu lagu rock. Ntah kenapa lately sejak disahkan pregnant ni, emo semacam…. pembawakan bayi ke ni?

Semalam lepas tengok CD kahwin sama sama… saya cakaplah “cantiknya isteri abang masa tu”… lepas tu isteri saya hilang…. tengok tengok isteri dah masuk bilik & menangis…

Saya tanyalah kenapa.. dia cakap “abang dah tak sayang sayang lagi sebab sayang dah tak cantik sekarang” …. laaahh… tak kata pun…. maka berlakulah adegan pujuk memujuk & keluarlah segala puisi & pantun ni… finally dia pun ok….

Persoalannya…. kalau dulu pujuk seminit pun lepas… sekarang ni sejam pun tak jalan ni disebabkan mengandung ke?

Mohon penjelasan… letih pujuk nih… isteri mengandung baru 4 bulan…. semua ayat power dah guna semalam..

Ada 5 bulan lagi nak ‘kayuh’……
.
.
.
Huhu… 1 ja saya boleh cakap ya tuan….. “padan muka” .. hehe

Bila fikir dari sudut membina perasaan indah… tuan bole anggap isteri tuan tu comel… sebab merajuk dengan tuan & minta dipujuk.

Dari sudut logik…. tuan kena terima penuh redha that tak senang satu roh nak terima roh baru di dalam badannya…. Kehadiran anak dalam rahim isteri totally mengubah rupa fizikal & emosinya…. Kadang isteri rasa happy kadang rasa moody. Rasulullah saw pun berdepan situasi handle isteri hamil macam tuan & suami suami yang lain….. So its normal…..

Tu baru sikit tu tuan…. ada banyak lagi kisah pelik wanita hamil… jeng jeng jeng…..

Nah…. baca ni…….. Terbalikkan kisah pelik ini kepada kisah comel…

kisah comel

10 PERKARA ‘COMEL’ WANITA HAMIL

  1. Saya ‘benci’ abang wangi –¬†Kalau sebelum hamil… asalkan suami balik kerja ja wife suruh g mandi… tapi masa hamil ni perangai ‘pelik’ dia muncul…. suami bau ‘sweet sour’ tu la dia suka.. isteri kata best
  2. Tak suka bau bawang – Asal bau tumisan bawang…. berdesup pregnant mommy ni lari masuk bilik… siap spray bilik banyak banyak. Lepas rumah dah wangi tu baru dia ‘berani’ keluar.
  3. Chocolate abis – Jangan terkejut kalau tengok isteri anda menangis teresak esak sebab chocolate dia dalam fridge tu dah abis… Kalau dia nak tu dia nak juga…
  4. Tak ingin pun perfume beribu ringgit! – Masa pregnant ni perfume paling best untuk ibu hamil ni adalah minyak cap kapak… bau pelik pelik sikit… dia sambar terus minyak minyak herba ni den sedut. Dia tak kisah pun apa orang nak kata.
  5. Baju abang baju saya! – ‘abang tolong cari baju lain”…. haha… baju paling selesa masa hamil ni adalah baju suami… so incik incik suami kalau rasa baju tu dah TERpindah milik… halalkan ya.. besar pahala.
  6. Tutup lampu! – Jangan terkejut kalau ada pregnant mommy ni nak duduk dalam bilik saja… tutup lampu & taknak jumpa orang… Rasa pelik kan? tapi ramai yang tak dapat rasa perasaan kenapa dia jadi macam tu…. kesian isteri….
  7. Toilet & toilet lagi – Ni lah tempat paling kerap seorang pregnant mommy ni akan ‘melawat’ tiap hari… Bila anak dalam kandungan semakin besar…. so baby akan menekan pundi kencing maknya… so memang keraplah isteri ke tandas.
  8. Nak nasi kerabuuuuu saja…. xnak yang lain – Maka dengan keputusan tuan puteri ni…. incik suami terpaksalah tunaikan…. keinginan macam ni… kadang akan diminta tengah malam.. maka bersedialah untuk cari sampai jumpa.
  9. Makan muntah makan muntah – Maybe ada yang rasa pelik… ada diantara ibu hamil ni diorng akan makan sebanyak banyaknya… tapi akan muntah balik dengan banyaknya…. Normal. Tak sedap badan.. rasa loya muntah smua ni tak best pun sebenarnya.
  10. Happy tiba tiba…… – Hehe… masa perasaan orang lain biasa biasa saja.. tapi ibu hamil ni sangat boleh jadi happy secara tiba tiba & senyum sepanjang masa. Kadang dia pun rasa ‘pelik’… kenapa boleh merajuk & happy dengan tiba tiba.
    NI baru beberapa % ja dari ‘perangai pelik’ wanita di seluruh dunia….
10 perangai comel
Jangan terkejut bila isteri anda akan menangis untuk perkara perkara kecil.. hihi.. itu normal

Walaupun ramai yang tahu sebenarnya ibu hamil jadi macam ni disebabkan pembawakan bayi.. perubahan hormon… tapi ada yang still tak faham & tak boleh terima dengan perubahan ni.

Percayalah… bukan mudah 1 roh menerima roh baru di dalam badannya.

Ada juga wanita hamil yang melalui tempoh kehamilan tanpa berdepan perangai perangai ‘pelik’ ni.

Setiap kehamilan tak sama.. pun begitu… hargailah wanita berbadan dua ini…. mereka perlukan perhatian semua.

Buat pregnant mommy…. walaupun payah… namun cubalah kawal perasaan tu.

Have fun.

Buat mommy yang dah miliki buku 9bulan10hari… minta suami baca sekali. Ada banyak pesanan di dalam buku ini yang akan membuatkan suami faham kenapa pregnant mommy ni perlu ‘dibelai’ ketika hamil…

COPYRIGHT @nazira nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.