Inikan Ketiak Suami Saya, Bukannya Saya Cium Ketiak Suami Awak Pun..

Hehe… ini adalah dialog ibu hamil kalau terlalu obses dengan sesuatu yang dia nak walaupun bau ketika.. hehe….. ini namanya MENGIDAM..

Maybe ada yang rasa nak termuntah bila bercakap pasal ketiak ni… tapi percayalah inilah realiti…

Kenapa macam tu? Penerimaan roh baru ketika tempoh kehamilan 4 bulan akan banyak mengubah pemikiran dan kehendak seseorang ibu hamil. Tapi tak semua yang lalui perangai perangai luar biasa ini. Lain wanita, lain caranya.

Kalau bagi kita bau wangi tu adalah best… tapi bagi sesetengah ibu hamil,

bau busuk tu adalah bau wangi padanya.

Amboii.. takkan lah berganduh bab nak cium ketiak? haha… ketahuilah… walaupun kita rasa loya dengar benda benda macam ni, kalau dah wanita hamil rasa bau tu yang best… kita memang tak boleh nak kata apa.

Lain macam ‘peragai’ dia… Nak kata comel pun boleh… Nak kata buang tabiat pun boleh….
Tahu tak siapa yang paling terkesan dengan wanita hamil? hehe… ofcoz suami…

Buat para suami sekalian… ambil tahu hal ini, jika isteri anda hamil. Dia hamilkan anak anda…. so anda pun terlibat untuk ‘hamil’ bersama isteri anda. hehe…

Suami kena tahu perkara ni jika taknak menyesal. kenapa? Keseimbangan pemikiran anak anda… cara pergaulannya & akhlaknya banyak dipengaruhi sejak di dalam kandungan lagi…

Katakan isteri anda murung sepanjang kehamilannya kerana kurang kasih sayang dari anda…… anak di dalam kandungan juga berkemungkinan besar untuk mendapat ‘perangai’ yang sama kelak….

Biarpun adakalanya para suami “menyampah” dengan kerenah “mengada ngada” isteri, ketahuilah… bahawa itulah cara semulajadi yang Allah design buat wanita untuk menunjukkan rasa sayang & kasihnya dia pada anda…

Anda perlu tahu…. isteri anda tidak punya tempat lain utk mengadu… memeluk & bermanja… cuma anda… andalah suaminya…

 

ketiak
Kesian ibu, perubahan hormon ibu yang buatkan ibu ‘tergila giakan’ bau ketika ayah.

 

Apa seorang suami perlu buat ketika isteri hamil :

BERMANJA – Emosi wanita hamil sentiasa berubah ubah. Penawar terbaik adalah dgn menunjukkan sepenuh kasih sayang & caring terhadap isteri & anak anda. Fahami keperluan & kehendaknya.

SETIA – Jujur & setialah dengan isteri anda. Dia mengorbankan bentuk fizikal & rupanya demi melahirkan zuriat buat anda. Isteri anda akan mudah terasa jika anda menyukai atau membandingkan perubahan fizikalnya dengan wanita lain.

IMAM – Solat berjemaah bersama akan membuatkan anda lebih menghargai moment bergelar ibu & ayah. Dengarkan alunan al-Quran kepada bayi anda…& berbual dgnnya… Banyakkan berdoa agar isteri anda melahirkan zuriat anda dengan mudah & selamat.

ROMANTIK – Perkembangan anak yang sempurna bergantung kpd emosi ibunya.. Tips… sesekali buat surprise… bawa isteri anda bersiar siar…. rancang percutian…. & berilah hadiah seperti bunga & chocolate…. anda akan lihat senyuman & kasih sayang luar biasa darinya… Ingat….! Moment2 ini juga memberi tempias positif kepada bayi di dalam kandungan…

SIMPATI – Membantu isteri anda menguruskan hal hal rumahtangga bukan saja meringankan bebannya… malah isteri anda akan rasa dihargai… Berikan urutan ringan di bahagian pinggang & kaki isteri anda… seharian dia membawa zuriat anda kesana sini…. bantulah dia…

LAYANKAN AJE – Sepanjang tempoh kehamilan, akan ada saja benda benda yang wife anda request, pastikan anda bijak melayan kerenahnya.

Semoga anda menjadi ayah & suami terhebat… Nikmati saat saat indah ini bersama… selalu mengucap kata kata positif… & selamat bercinta…. !

Copyright @naziranazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.