14 Pesanan Bidan Kampung Buat Anak Cucu & Cicit Semua…

Tips Nampak Muda Dari Usia

Cuba teka berapa umur nenek ni? Tudung pink la… jangan terkonfius pulak… huhu…. yang kiri tu saya….

Inilah CL / bidan saya(penulis buku 9bulan10hari nazira nazir) & pakar bidan untuk buku 9bulan10hari – Tok Puan Jusoh. Kalau belek2 buku #9bulan10hari & tengok dokumentari dalam buku ni, pembaca akan jumpalah nasihat beliau…

Baik, umur Tok Puan ni dah 83 tahun…. tapi tenaga dia mengalahkan org org muda…

Masa dia urut saya berpantang untuk 2 orang anak 4 tahun & 2 tahun lepas, fuh…. rasa nak patah tulang tulang ni…. setiap sentuhan Tok Puan akan buat kita cakap “ha… betul betul.. situ yang sakit” punyalah kuat instinct Tok Puan ni….  & lepas habis urut badan kita ni rasa best sangat sangat sangat sangat… hihi

Sebab? selain punya kepakaran menjadi bidan, Tok Puan juga pantang dengan betul lepas bersalin dulu.. orang orang dulu berpantang ni siap ada bara api lagi diletakkan di belakangnya menggantikan tungku yang ramai wanita guna sekarang ni…..

hehe.. ada yang berani tak nak pantang camtu?

Habis ja berpantang…. kulit kulit badan tu siap boleh kupas2 keluarkan selepas ‘dipanggang’ 45 hari tu…..

Dan hasilnya…. org2 dulu lagi kuat dari kita…..

Pantang
Tok Puan Jusoh ni sweet sangat, tapi kalau kena urutan dia, konfem ibu berpantang jerit… hihi.. pun begitu, inilah cara yang betul nak pulihkan badan lepas bersalin..

 

Ini pesanan Tok Puan buat semua …. :

1. STOKIN – Wajib pakai… untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. DILARANG MENCANGKUNG – koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. RAPATKAN KAKI – Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.

4. WANITA BERPANTANG BUKAN ULTRAMAN – so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA – Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. JANGAN KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK – wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.

7. JAGA IBU JARI KAKI – Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

8. ADAB KETIKA MANDI – Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

9. MEMBUANG – Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu…

10. JAUHKAN AIRCOND – Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

11. IKAT – Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya… ia mengelak angin dari masuk.

12. SUAMI – Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami bz, suami perlu sediakan someone untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.

Pantang
Sakit ooo urut camni, tapi sedap… hihi

13. BERTUNGKU, MENGURUT & MANDI HERBA – mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang…
14. MENU BERPANTANG – Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.
Kepada yang dah miliki buku #9bulan10hari, semoga anda semua peroleh manfaat daripada pakar2 =)

Like tag & share info ini agar ramai peroleh rahsia bergelar awesome mom.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.