Bahaya Bedak – Alert Buat Ibu Ayah Yang Ada & Mengandungkan Anak Perempuan

Ilmu ini penting untuk masa depan anak perempuan.

Sihat atau tidak rahim seseorang wanita banyak bergantung seawal kelahirannya lagi.

Anak anak perempuan mudah dijangkiti kuman di faraj apabila meletakkan bedak direct ke bahagian sulitnya.

Bahan utama nak buat bedak talkum ni ada magnesium silicate hydroxide yang kita kenal sebagai talc, mengandungi bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru paru. – (Pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang – 2009).

Walaupun benda ni dah didedah lama, but still ada parents yang masih gunakan talkum dengan niat ‘mewangikan’ anak, finally anak disahkan kanser sebab kita.

Banyak kajian menemui zarah zarah talc dalam tumor ovari wanita disebabkan mereka kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit. Zarah talc ini boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Walaupun pemakaian talkum seminggu sekali di bahagian sulit, tapi ia sudah cukup menambah risiko kanser 36% dan 41% bagi mereka yang memakainya setiap hari. Nauzubillah….

Bukan tu saja, debu putih halus daripada talc yang berterbangan ni boleh disedut bayi dan terdedah kepada masalah laluan pernafasan membengkak dan boleh menyebabkan pneumonia.

Rahim
Cuba lihat debu debu yang berterbangan ini.. dan bayangkan kalau debu bedak ini masuk ke dalam paru paru anak kita… nauzubillah…

 

Tips MENYAYANGI RAHIM bagi setiap wanita seawal bayi lagi :

  1. Jika ada lelehan @ discharge basuh faraj/wap dengan air garam.
  2. Makan banyak sayur & buah seawal usia 6 bulan lagi hingga dewasa.
  3. Minyak ikan & vitamin C baik utk melawan penyakit rahim.
  4. Check jika ada history penyakit rahim dalam family. Setiap penyakit ada kaitan dengan pengaruh baka & 10% boleh menyumbang kepada puncanya.
  5. Kahwin & hamil ketika usia 20an mencegah ketumbuhan fibroids & adenomyosis.
  6. Tangani stress pada diri.
  7. Elakkan makan junk food & fast food – ia bukan saja boleh menyebabkan kegemukkan malah haid yang tidak teratur disebabkan pemakanan & hormone tidak seimbang ini menyebabkan gangguan pada rahim & merosakkannya.
  8. Masa period elakkan keluar rumah pada waktu maghrib & malam.
  9. Nenas baik bagi wanita yang tidak merancang hamil. Nenas berfungsi untuk bersihkan darah kotor di belakang rahim. Sebab tu masa pregnant orang orang tua tak bagi makan nenas. Dia bersifat mencuci.

Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.