‘Al Ain’ Intai Anak Gara Gara Gambarnya Dipost Merata!

Sebabtulah Jangan Tunjuk Gambar Anak Pada Semua…

“Yeay… baru lepas checkup & scan baby.. doctor cakap baby fine.. tak sabar nak jumpa baby” – (Al Ain pandang je)….

“Saya baru selamat lahirkan anak, inilah dia, saya perkenalkan pada dunia” – (Al Ain senyum je)…

Agak agaknya…. 1 dunia yang tengok gambar anak anak anda ni, mendoakan perkara yang baik saja tak??

Ini kisah benar tentang kenapa tak boleh berkongsi kebahagiaan & gambar anak di media sosial :

Salam sis.. Saya Farid. Anak kami, Azila Maisara… baru sebulan lahir, tapi disebabkan ‘Al Ain’ anak saya yang jadi mangsa…

Alhamdulillah, kami dikurniakan anak yang sangat comel. Kulitnya gebu, matanya coklat & irasa anak orang putih. Disebabkan tu ramai kawan kawan isteri saya datang melawat anak kami.

Kisahnya, kawan kawan yang datang melawat anak & isteri saya yang berpantang ni buat something tanpa pengetahuan kami pada anak kami – Azila.

Yang buat kami sangat sedih, bila baru baru ni isteri saya terjumpa gambar anak kami di Facebook & Instragram. Kami terkejut macam mana gambar anak kami boleh sampai ke media sosial!

Rupanya, kawan kawan yang datang melawat ni ambil gambar anak kami tanpa minta izin dari kami & kami tak tahu pun!…

Saya ni bukanlah orang kuat ilmu agama sangat, tapi saya tahu mungkin anak saya meragam dengan teruknya dalam sebulan ni sebab ‘al ain’…

Anak saya menangis jerit jerit, suaranya kejap nyaring sekejap tersekat sekat, lenanya seolah terganggu, bila bagi susu dia taknak, doctor yang check pun cakap anak normal, tapi Azila masih meragam seolah olah ada sesuatu yang tak kena.

Saya pernah baca posting puan di 9bulan10hari pasal Al Ain… dan saya sangat percaya dengan apa yang puan cakap sebab ustaz pun cakap perkara yang sama…

2 hari lepas saya dah minta kawan2 yang upload gambar anak kami ni delete dengan segera. Boleh pulak diorng marah kami cakap kami kolot! hishh…pelik betul.

Kami bawa anak kami jumpa ayah chin – dia ayah sedara isteri saya yang boleh merawat.

Ayah Chin Cakap anak saya kena panahan mata sebab ayah Chin sendiri pernah merawat kes yang macam ni gara gara semua benda benda bahagia semua suka cerita di media social.

Ayah Chin baca surah & tiup di ubun2 anak saya, kemudian minta isteri saya selalu berzikir dalam hati, & dia minta saya pasang surah Ruqyah di rumah setiap hari sampai habis pantang ni dari sebelum asar sampai maghrib.

Semalam & harini saya dapat rasa perubahan. Azila dapat tidur lena, bila dengar surah Ruqyah, sekejap sekejap dia menangis tapi akhirnya kembali ok & tidur nyenyak….

Buat suami isteri yang ada anak anak kecil ni janganlah sampai gambar kita dan anak anak kita tersebar di mata orang lain.

Al Ain
Ya… ia wujud.. tanpa kita sedar siapa dia…..

Kata penulis :

Jangan buat main dengan benda ni. Maybe ada yang dah kenal dengan Ummu Sibyan iaitu syaitan yang menunggu untuk sesatkan anak. Masa kita lahir anak, dia standby ja tunggu tengok nak ‘tangkap’ anak. Sebab tu anak yang baru dilahirkan kena cepat cepat diazankan & diiqamatkan.

Tu Ummu Sibyan… Al Ain ni pulak datangnya dari 2 :
– Ain Insi (manusia)
– Ain Jinni (jin)

Macam mana semua ni terjadi?

Katakan mommy or daddy upload gamba anak or share dengan kawan kawan.. & ramai yang comment “comelnya anak akak…..” “putih gebunya dia”… itu yang baik dan yang kita nampak.

Tapi mommy & daddy sedar tak ada juga segelintir manusia yang punya perasaan & niat tak baik terhadap anak mommy & daddy dan mungkin juga keluarga, sehingga mendoakan “semoga diorang ni tak bahagia & anak diorang ni tak comel!”


AIN(MATA) ADALAH PENYAKIT ATAU MASALAH YANG DISEBABKAN OLEH PENGARUH BURUK PANDANGAN MATA, IA DISERTAI DENGAN RASA TAKJUB ATAU KAGUM TETAPI JUGA DATANG DENGAN PERASAAN IRI HATI DAN DENGKI TERHADAP APA YANG DILIHATNYA.


Hakikatnya….. ain itu wujud DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN. Ini adalah kes ke 6 yang #9bulan10hari terima.
Petikan dari Fathul Bari, 10/215 (perkataan Rasulullah ini menunjukkan bahawa :
-Apabila seseorang diketahui menimpakan ‘ain, maka ia diminta untuk mandi, dan mandi ini merupakan cara pengobatan ‘ain yang sangat bermanfaat.
-Bila seseorang melihat sesuatu yang mengagumkan hendaknya segera mendoakan kebaikan padanya, karana doanya itu merupakan Ruqyah (pengobatan) baginya.
-‘Ain yang menimpa seseorang dapat mengakibatkan kematian.


Bagi susu taknak, dodoikan taknak, menangis tanpa sebab dan tak henti henti sampai mak ayah pun tak cukup tidur – ini petanda anak terkena ‘ain’ 

Untuk parents yang facing semua ni, ini tipsnya :


1. Pasang bacaan Ruqyah. Surah ni untuk menghalang gangguan makhluk halus. Surah Ruqyah digalakkan dipasang dirumah sehari sekali.
2. Katakan ada yang memuji anak kita @ kita… letak tangan kanan atas kepala anak, baca saja isti`azah atau ta`awwudz:
أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)
3. Bagi anak mandi air dari bekas air wuduk ibunya yang beserta doa.
4. Ini untuk amalan setiap malam – baca surah al Ikhlas 3 kali. Setiap kali habis surah, tiup di ubun2. Bacaan yg last tu tiup dari ubun2 ke kaki.

5. Baik juga jika parents bawa anak berjumpa dengan imam imam masjid, insyaALLAH mereka boleh bantu.


Bagi anda yang membaca & saya yang menulis ni pun…. kita pun sering diperhati Al Ain. Kelebihan kita, kecantikan kita, bila kita bahagia dengan suami, bila kita dapat anak comel pulak tu, bila kita beli rumah & kereta… ketika itulah berdesup pemikiran pemikiran baik bercampur jahat dari mata mata ‘al ain’ ini…. 

So banyakkan berzikir, selalulah berdoa masa salin pakaian, ‘bersama’ pasangan, berjumpa orang ramai, tengok cermin, memandu dan sebagainya.


Semoga kita dan zuriat kita semua dijauhi daripada sebarang kejahatan panahan mata jin & manusia…. aamiin…
Like.. share & tag info ini agar kita semua dijauhkan dari al ain ini.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!.

Leave a Reply

Your email address will not be published.