Miss V Koyak, Berpantang Jadi Susah, Nak Menyusu Pun Payah

Dahlah Sakit Bila Koyak, Kena Gunting Pulak, Kalaulah Ada Ilmu

Assalamualaikum puan dan pembaca 9bulan10hari. Saya mengenali 9bulan10hari daripada seorang rakan. Alangkah bertuahnya saya sekiranya mengenali page ini terlebih awal. So that takdalah koyak bahagian perineum ni.

Saya baru selamat melahirkan anak, semasa proses melahirkan anak, saya jadi blur secara tiba-tiba. Ya Allah, saya ingat lagi masa tu, saya cuba tanya dengan nurse cara nak meneran. Saya cuma tahu push bila contraction datang dan jangan push kalau tak ada contraction.

Saya jadi lupa macam mana kedudukan kaki semasa nak meneran, kena pandang arah mana. Serius, saya memang lupa. Lupa atau saya tak ambil peduli sangat? Saya tak pandai push. Saya tak pandai curi nafas masa nak push.

Nurse cakap saya push kat muka, sebab merah-merah muka saya. Kepala baby yang nak keluar masuk balik sebab saya tak pandai curi nafas masa nak push. Nurse suruh curi nafas, saya pulak tarik nafas panjang2. Puas nurse ajar cara nak push.

Saya tak bersedia dengan semua tu sebab saya tak tahu. Nurse decide nak gunting. Allahu, takutnyaaa. Saya cakap saya cuba push lagi. Alhamdulillah, tak jadi gunting. Malangnya, bahagian perineum saya koyak teruk. Saya tak sedar pun saya angkat bahagian pinggul saya.

Ya Allah, sakitnya kena jahit tu tak dapat digambarkan. Walaupun dibius, serupa tak kena bius. Saya rasa lebih kurang 10 jahitan saya kena. Tak henti2 saya menyebut nama Allah semasa dijahit. Sakitnya Ya Allah. Agaknya macam mana sakit masa sakaratul maut tu, yang ni pun tak tergambar sakitnya.

Bila saya tengok orang selepas saya yang bersalin, cemburunya rasa. Dia pun bersalin secara normal tapi tak kena jahit. Mudah je bangun duduk, siap boleh panjat katil lagi. Saya? Berbaring menahan kesakitan luka jahitan.

Ya Allah, cuba bayangkan bagaimana fasa berpantang saya? Sakit sangat, seksa sangat Ya Allah. Nak duduk punyalah sakit kat tempat jahitan tu. Saya rasa stress sangat. Nak menyusukan anak pun rasa tak seronok sebab sakit. Saya jadi penat sangat nak melayan anak disebabkan luka jahitan tu.

Bila bahagian perineum kena jahit, punyalah seksa nak membuang. Ya Allah, dengan sembelit lagi. Tuhan je yang tau macam mana sakitnya. Saya rasa stress sangat, rasa nak marah je.

Kalaulah saya tahu mengenai buku 9bulan10hari lebih awal, mesti saya tahu tips tentang bersalin tanpa koyak, tanpa jahit.
Kalaulah saya tahu mengenai buku 9bulan10hari lebih awal, mesti saya dapat berpantang dengan gembiranya.
Kalaulah saya tahu mengenai buku 9bulan10hari lebih awal, mesti saya dapat menyusukan baby dengan bahagianya.

Betul cakap penulis buku 9bulan10hari, bila kita melahirkan dengan mudah, tanpa koyak, tanpa jahit, mesti kita akan melalui proses berpantang dengan sangat best. Mesti kita boleh menyusukan anak dengan happy, tanpa stress.

Emosi & kesihatan mommy ketika berpantang sangat perlu dijaga. Sebab tu mommy perlu bersedia seawal mengandung lagi supaya tak koyak & tak jahit masa bersalin nanti.

Kelahiran
Urutan perineum pada usia kandungan 9 bulan antara kaedah mengelakkan koyak yang teruk ketika meneran nanti.

Mana dengan luka yang tak sembuh, dengan bengkak susu, dengan anak merengek tengah malam. Semuanya bercampur masa tu.

Tu tak dicampur lagi dengan dugaan nak membuang air besar… takut terkoyak saja =(

Banyak persediaan yang mommy perlu buat sebelum melahirkan anak. Antaranya :

  • Pelajari tips tips meneran.
  • Ketahui cara membuat urutan perineum.
  • Suami mainkan peranan ketika di dalam labour room untuk ingatkan isteri.
  • Ketahui jenis ubatan tahan sakit yang digunakan untuk mommy sebab kesannya berbeza.. ada yang akan buat mommy tak rasa apa… dan ada jenis ubat yang akan buat mommy rasa mabuk.

Semua tips2 tu dan banyak lagi dalam buku 9bulan10hari.

Kelahiran
Semoga buku ini terus membantu menceriakan kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan setiap pasangan suami isteri..

Leave a Reply

Your email address will not be published.