Abang Tak Sedar – Kisah Benar Apabila Isteriku Berpantang

Apabila Isteriku Berpantang

Abang Tak Sedar – Kisah Benar Apabila Isteriku Berpantang

Ini kisah benar apabila isteriku sedang berpantang. 1st aku nak share ni sebab aku tak pernah percaya pun dengan semua ni sebab aku rasa semua wife ni memang suka tag tag suami & bercerita apa yang dia rasa.

Rupanya wife aku bercerita sebab dia nak aku faham.
Rupanya wife aku tag tag aku sebab dia nak aku ambil tahu.
Rupanya dia takut terjadi sesuatu dengan dia.
Rupanya dia takut dia lakukan sesuatu tanpa dia sedar.

Aku tak ambik port pun pasal tu walaupun sekarang wife aku berpantang anak kedua kami. Sebab dulu aku tengok mak aku pantang lepas bersalin adik aku elok ja. Dahla masa tu mak aku uruskan 3 orang abang abang aku & aku. Masa tu abah siap kerja di Sabak Bernam & datang jenguk kami pun seminggu sekali.

So Aku Memang Rasa Wife Aku Mengada Ngada

Sampailah satu hari tu wife aku peluk kaki aku & merayu aku selalu ada dengan dia sebab dia terlalu stress berpantang & uruskan anak 1st kami yang tantrum sangat. Wife aku bertambah stress sebab dia tak cukup rehat berpantang pulihkan badannya. Dia terlalu penat sebab confinement lady datang sebelah pagi saja.

First time aku tengok wife aku macam tu. Dia peluk aku & menangis dengan kuatnya & minta aku faham dia. Di tak putus merayu minta aku faham keadaan dia yang terlalu tertekan sampai terasa nak pukul anak kami yang baru lahir ni.

Aku Menangis Beb! Dia Isteri Aku! Suami Mana Tak Sedih Kalau Tengok Isteri Menangis Macam Ni

Disebabkan aku perlukan someone untuk repair balik keadaan since aku tak percaya dengan ‘drama drama isteri’. So aku bawak wife aku jumpa Ustaz Arifin, dia counselor mengenai hal rumahtangga kat JAIS. Allahuakhbar… lepas hampir 2 jam sesi dengan ustaz Ariffin… ustaz banyak buka mata aku.

“Isteri memang macam tu Faiz.. Allah hadirkan isteri dengan hati yang mudah tersentuh.. mereka tak macam kita… kita sebagai suami ni yang kena bertolak ansur””Cuba Faiz bagi isteri kasih sayang… baik dengan dia… belikan makanan untuk dia… fahami dia… dan Faiz sendiri akan terkejut bila isteri Faiz luar biasa kebaikannya… “”Isteri ni satu ja…. bila dia dah dipeluk & dapat kasih sayang yang cukup…. mood dia akan ok”

Satu persatu kata kata Ustaz Ariffin terngiang ja. Memang betullah, nak faham perempuan memang susah, apatah lagi nak bersamanya waktu dia mengandung & berpantang. Tapi kalau sekali dah dapat rentak. InsyaALLAH akan best life. Aku tahu tak semua lelaki & suami boleh terima benda ni.. sebab dulu aku macam tu… tapi lepas aku sedar.. aku rasa akulah orang paling bertuah dalam dunia sebab dapat repair balik salah salah aku sebelum terlambat.

Isteri beb….. sape tak sayang……

Faiz, Follower 9bulan10hari. Faiz ni antara follower yang nak sangat semua pasangan sedar sebelum terlewat. Recently dalam posting dia semua pasal kasih sayang. Semoga happy sampai bila2 ya Faiz. Mesti happy wife Faiz sebab husband dia dah faham.

 

 

Berpantang

TIPS Buat Faiz & Para Suami Ketika Isteri Berpantang :

  1. SAYANG DIA LEBIH – Isteri yang dapat kasih sayang dari suami akan sangat mampu lalui tempoh berpantang yang best tanpa tekanan.
  2. FAHAMI ISTERI – Bila anda tolong isteri jagakan anak, fahami kesakitannya yang tak sembuh lagi, isteri anda akan terus mohon doa pada Allah buat anda. Percaya atau tidak, doa seorang isteri yang tak pernah putus akan benar benar mengubah life seorang suami untuk jadi lebih baik.
  3. SEDIAKAN MILK BOOSTER BUATNYA – Seorang isteri perlu beri makanan terbaik buat anaknya – susu ibu. Bantulah isteri anda dengan mendapatkan makanan milk booster seperti:-
    • Ikan Kerisi
    • Ikan Tenggiri
    • Kurma
    • Badam
    • Ubat ubatan seperti Metoclopramide & Domperidone.
  4. PELUK ISTERI – Antara ubat paling mujarab bagi seorang isteri adalah pelukan & ciuman suami. Trylah kalau nak tahu kuasanya. Kepada mommy yg dah miliki buku 9bulan10hari, suruh suami baca, insyaAllah suami mommy akan lebih faham apa yg mommy lalui.
  5. BUANG EGO – Ya, lelaki juga didesign dengan sedikit keras. Apapun, buanglah ego jika anda ingin jadi contoh terbaik buat anak anak anda. Ingat! jika baik anda terhadap isteri anda, anak anak anda juga akan copy paste kebaikan dari anda tu dalam lifenya.
  6. BERDOA – Masa pantang makhluk halus suka sangat sangat bau ‘sweet hanyir’ pada darah nifas. Pastikan anda selalu pasang surah Ruqyah & berzikir sebagai pendinding buat keluarga anda.

INGAT…. bila kita dijalan yang betul.. bila kita fikir yang baik baik.. buat yang baik baik… Allah akan bagi yang baik baik. InsyaAllah…..

Like, share & tag. Mana tahu ramai yang sedar sebelum menyesal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.