Kepada Suami Yang Nak Jaga Isteri Ketika Pantang, Ini Tips Sediakan Air Mandian Herba.

Ala…. wajibke mandi mandi air herba ni… mandi je pun.. water heater kan ada….

Hehe…. ni antara dialog ibu muda lah ni yang tak biasa tahu pasal ada berpantang orang Melayu lama…

Baik… Banyak kelebihan dari mandian air herba ni.

Percaya atau tak, orang orang dulu sihat & ‘dara’ sampai ke tua sebab ikut amalan ni lah… ni baru 1.. ada banyak lagi yang mommy ketika berpantang kena follow.

Kelebihan mandian rebusan daun:

  • Menghilangkan bau hanyir darah selepas bersalin buat ibu.
  • Mengeluarkan angin dari badan
  • Mengendurkan otot
  • Menghaluskan kulit
  • Memberi kesegaran buat mommy
  • Paling best, satu rumah bau ‘perfume’ herba ni.

Berapa lama kena mandi air rebusan ni?

Hari ke 3 selepas melahirkan anak dah boleh start dah, mandi setiap pagi antara pukul 7 pagi sehingga 8.30 pagi. Sebab lepas tu nak siap mengurut & bertungku pulak kan. Ada juga bidan yang suruh mandi dulu dan baru mengurut & bertungku. Terpulang kepada cara bidan tersebut. Selalunya bidan kampung @ confinement lady akan datang ke rumah di awal pagi. Dia akan mandikan mommy, urut & menungku mommy. Ada juga bidan yang akan siapkan air mandian ni untuk mommy.

Bagi sesi mengurut, biarlah bidan atau CL yang buat, kerana mereka lebih arif tentang part part yang perlu diurut. Tak semua orang pandai mengurut ibu bersalin ni.

Kepada suami yang nak jaga wife ketika berpantang, bolehlah cari daun daun ni untuk mandian isteri nanti :

  • Daun chapa
  • Daun limau purut
  • Daun serai
  • Daun pandan wangi
  • Daun kunyit
  • Daun Inai
  • Daun pisang kelat

Cara sediakan air dedaun :

  1. Bilas daun daun ni (takut ada ulat bulu pulak..hehe..) dan rebus sehingga mendidih.
  2. Air ni selalunya direbus selepas subuh untuk sekali mandian. Namun, boleh juga kalau nak buat 3 hari sekali, tapi mommy kena kerap panaskannya di waktu petang & malam agar tak rosak.
  3. Tuang air rebusan herba ke dalam air sedikit panas untuk mandian ibu berpantang ni.

Tak perlu guna apa-apa jampi serapah. Cukup sekadar selawat 3 kali.

Cara mandi :

Mulakan dengan menjirus bahagian kanan kaki sehingga ke bahu, bahagian kiri kaki sehingga ke bahu dan barulah mandi di keseluruhan badan. Proses ni penting supaya urat tak ‘terkejut’ bila terkena air. Saya selalu nasihatkan mommy yang dah lama habis pantang pun amalkan mandian ni. Ia sangatlah bagus untuk pulihkan mood & dalaman wanita. Suami pun suka. Sebab kulit bersih saja. Kepada mommy yang tinggal kat town or susah nak dapatkan daun daun ni. Mommy boleh pilih option lain. Maybe boleh dapatkan dari set set berpantang bersalin yang ada di pasaran.

Have fun!

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari

Leave a Reply

Your email address will not be published.